KPI : Pilih Kasih Atau Penilaian Sebenar

Setiap tahun pastinya akan ada penilaian tahunan yang akan dilakukan oleh majikan terhadap setiap para pekerjanya, tak kiralah yang berkerja dengan kerajaan mahu pun yang berkerja swasta.

Markah KPI atas dasar apa??

Namun adakalanya terlintas dalam fikiran ana nie samada markah KPI yang diberikan oleh pegawai ataupun orang atas jabatan kita memberikan markah kepada kita atas dasar penilaian sebenar ataupun sekadar pilih kasih ataupun pilih bulu.

Sebabnya adakalanya markah pekerja yang kuat membodek ini lebih tinggi berbanding pekerja yang melakukan kerja dengan baik.

Kadang kala tu, pekerja yang lebih banyak bermain smartphone berbanding tekan keyboard untuk membuat kerja yang sepatutnya dilaksanakan..

KPI Allah vs KPI Pegawai Atasan

Adakalanya lepas dapat keputusan KPI ini kadang-kadang sampai seminggu ataupun mungkin bertahun anak buah masam muka dengan orang atasannya. Sebabnya kalau yang kerja swasta terutamanya pastinya nak markah tinggi sebabnya nanti dapatlah bonus yang tinggi. Betul tak?

Tapi kita lupa sebenarnya KPI daripada Allah lah tang lebih penting daripada KPI seorang orang atasan. Tapi pernahkah kita fikir dan bimbang apakah KPI yang bakal diberikan kepada kita nanti.

Biar apapun KPI yang kita dapat daripada manusia, kita anggaplah mungkin ada kekurangan yang kita lakukan tetapi kita perlulah usaha agar kita mendapat markah yang tinggi dalam KPI yang Allah akan berikan. Biar KPI dunia sedikit tapi janganlah KPI dengan Allah yang sedikit. Wallahualam

565 total views, 6 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

8 thoughts on “KPI : Pilih Kasih Atau Penilaian Sebenar

  • 27/03/2017 at 12:48 PM
    Permalink

    SKT atau KPI ni biasanya ikut bos…
    Ada bos buat penilaian berdasarkan prestasi sebenar pekerja..
    Ada bos yang berikan markah berdasarkan penilaian tertentu “”
    Bagi saya Terpulanglah kepada penilaian bos masing-masing… Yang penting kita sudah buat sehabis baik..
    Anuar recently posted…Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat BlogMy Profile

    Reply
    • 27/03/2017 at 1:33 PM
      Permalink

      Yup betul tu…apa pun yang paling penting kita kena buat sehabis baik bukan kerana kpi tetapi kerana mencari keredhaannya

      Reply
  • 27/03/2017 at 2:46 PM
    Permalink

    Memang memeningkan kepala…tp kita kembali kepada fitrah zarin…buat baik dimana sahaja…bukan setakat di tempat kerja…wpun tiada pujian dari pihak atasan…tp Allah beri rezeki tu dgn cara lain. All the best zarin

    Reply
  • 09/04/2017 at 9:41 AM
    Permalink

    Setuju dengan ayat yang terakhir tu: “Biar KPI dunia sedikit tapi janganlah KPI dengan Allah yang sedikit”. Semoga niat ketika bekerja sentiasa berada di atas landasan menuju keredhaan-Nya, bukan kerana manusia dan dunia semata 🙂

    Reply
    • 16/04/2017 at 7:11 AM
      Permalink

      Yup betul tu..jika kita lagi ngam ngan bos lagilah padu dapatnya…hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.