Aku Turun Ke Stadium : Bukan Sebab Dah Power

Fuh, lama gila rasanya tak turun ke stadium layan bola, lagi-lagi layan game pasukan kesayangan ana iaitu Negeri Sembilan. Musim lepas rasanya hanya sekali je mampu ana turun ke stadium layan bola angkara agak kesibukan melanda pada musim ini.

Alhamdulillah, bermula perlawanan pertama tempoh hari, setakat nie hanya dua kali ana tak berkesempatan turun ke stadium iaitu antara perlawanan dengan Terengganu dan Kuantan FA.

Paroi Kembali Bergema

Boleh dikatakan perlawanan minggu ini antara yang terbaik di Stadium Paroi. Bukan sebab permainan yang semakin baik, tetapi adalah mengenai bilangan penonton yang semakin ramai membanjiri perkarangan stadium pasukan yang popular dengan slogan Hobin Jang Hobin tu.

2017 Tahun Kebangkitan

Rasanya ramai yang mungkin mula merasakan tahun ini adalah tahun kebangkitan Negeri Sembilan terutamanya selepas mencatatkan 7 kemenangan berturut-turut dalam aksi liga musim ini.

Marko Simic Mula Mendapat rentak

Marko Simic boleh dikatakan mula mendapat rentak jaringan selepas berjaya mencatatkan gol dalam 3 perlawanan terakhir. Beliau sudah berjaya mendapatkan 4 jaringan gol. Dan rasanya ramai dah penyokong yang mula serasi dengan dia nie.

Hope, sokongan korang tak lunturlah. Harap sangat agar korang teruskan menyokong pasukan tak kiralah ketika berada di puncak ataupun tak. Cuma satu je yang menjadi persoalan ana nie. Agak2 penyokong Negeri Sembilan nie bersedia tak untuk menghadapi kekalahan pertama musim ini. Next lawan UiTM..

1,228 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.