Rugi Jadi Sukarelawan Sukan Sea 2017

Rugi Jadi Sukarelawan Sukan Sea 2017

Selepas menjalani Latihan Sukarelawan Sukan Sea 2017 yang berlangsung pada 11 dan 12 Februari yang lepas, terus ana terasa alangkah ruginya menjadi Sukarelawan sukan nie.

Betul ke rasa rugi sangat nie??? Berbaloi ke jadi sukarelawan sukan nie?? Ini antara persoalan yang bermain di fikiran ana masa mula-mula mendaftarkan diri sebagai sukarelawan sukan nie.

Alangkah rugi sebenarnya adalah kenapa ana masuk lambat sangat untuk join menjadi sukarelawan bagi temasya sukan tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia. Alangkah ruginya rasa kerana apabila usia ana sudah mencecah usia 27 tahun baharu ana nak terlibat dengan aktiviti seimpama ini.

Korang tahu tak kenapa ana cakap rugi sesangat nie???

Sebabnya apabila kita menjadi sebahagian daripada Sukarelawan sukan nie secara tak langsung kita nie adalah “unsung hero” ataupun hero yang tak diundang dan tanpa sukarelawan nie rasanya sesebuah temasya sukan tidak akan dapat dilaksanakan.

20 Tahun Sekali

20 tahun sekali peluang ini korang akan perolehi, kalau tahun nie korang tak ambil peluang menjadi sukarelawan sukan, kiranya lagi 20 tahun lah korang baharu berpeluang menceburkan diri dalam sukan nie.. itupun jika korang masih lagi bermaya untuk sertai Temasya tersebut.

Dah Terlambat Nak Jadi Sukarelawan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Kalau korang terasa dah terlambat tu, korang silap sangat..sebabnya peluang korang masih lagi belum tertutup, korang hanya perlu mendaftarkan diri korang di www.kualalumpur2017.com .

Jika korang menjadi sukarelawan Sukan nie, korang akan dibekalkan dengan 2 helai baju t shirt, dan satu seluar berserta topi. Jika korang menjadi sukarelawan minimun 3 hari, korang akan diberikan sijil penghargaan yang diiktiraf antarabangsa beb.

Jadi tunggu apalagi, jomlah kita sama-sama menjasi sukarelawan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Siapa lagi kalau bukan kita. Inilah masanya untuk kita berbakti buat tanah air tercinta kita.

3,897 total views, 5 views today

17 Replies to “Rugi Jadi Sukarelawan Sukan Sea 2017”

  1. waa.. seronok dgr.. but, hve u seen any 3xl join sukarelawaan ni??
    saya nk join tp risau la…baju yg dia bagi tu wajib pakai ke.. kalau orang yg comel macam mana??

  2. memandangkan saya ni memang ada byak sangat2, agaknya jadi sukarelawan apa yang paling sesuai@seronok

  3. Unsung hero-hero yang tak didendang..

    Cik bukanlah hero tak diundang.. 🙂

    Sekadar pembetulan..

    Cik adalah wira yang sebenar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This