Gamba Osaka Merasakan 5 Orang pemain JDT nie ancaman utama mereka

Gamba Osaka Merasakan 5 Orang pemain JDT nie ancaman utama mereka

Gamba Osaka akan menerima kunjungan darpada Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan Playoff Liga Juara-Juara Asia. Namun dalam kita rakyat Malaysia menantikan apakah JDT mampu melakar sejarah menjadi pasukan pertama Malaysia melangkah ke Kejohanan paling berprestij di Asia itu terlaksana, ada desas- desus yang mengatakan Gamba Osaka risau akan 5 orang pemain JDT ini.

Siapakah mereka???

Farizal Marlias pastinya menjadi kubu terakhir yang bakal mengagalkan usaha Gamba Osaka untuk merobek gawang JDT. Penjaga Gawang kebangsaan ini juga telah membuktikan kehebatanya selepas mengagalkan 2 sepakan penalti ketika menentang pasukan Bangkok United.

Nazmi Faiz pastinya menjadi senjata paling ampuh ketika ini buat JDT. Walaupun banyak diturunkan sebagai pemain gantian namun ianya menjadi sebahagian taktikal yang akan digunakam oleh pasukan JDT bagi menjerat Gamba Osaka.

Safiq Rahim digelar sebagai “Dynamo” kerana mempunyai tahap keupayaan endurance yang pastinya memaksa pemain Gamba Osaka untuk berkerja lebih keras untuk mengengkang arkitek pasukan JDT ini.

Ketika bertemu dengan Bangkok United tempoh hari, Safiq Rahim berjaya membuktikan kemampuannya dengan menghantar bola daripada tengah kepada jentera serangan. Dan keupayaannya hadir selepas menjaringkan gol pendahuluan dalam perlawanan tersebut.

Marcos Antonio boleh menggunakan pengalamannya beraksi bersama pasukan hebat di Eropah sudah semestinya menjadi ancaman utama Gamba untuk masuk ke bahagian pertahanan Johor.

Kepantasan dan susul badan yang sasa dimiliki oleh Antonio pastinya membuatkan pemain Gamba terpaksa berkerja dengan keras untuk mengengkang pemain ini.

Rembatan jauh yang dimiliki oleh Brian Fereira ini pastinya menjadi ancaman utama kepada gawang Gamba Osaka untuk dibolisi. Pemain ini juga mampu mengelirukan pemain pertahanan lawan dengan “dribble” yang dimilikinya.

Sekiranya Gamba ingin mengengkang asakan pemain ini, pemain pertahanan Gamba Osaka tidak boleh terus menekam pemain ini tetapi perlu menutup ruang agar beliau tak mampu lakukan rembatan ke gawang gol.

Mampukah JDT melangkah ke peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara Asia???

1,098 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This