2 Cara Mudah Menjemput Rezeki

2 Cara Mudah Menjemput Rezeki

Rezeki pemberian Allah pastinya sentiasa ditagih oleh kita terutamanya dalam zaman yang duitnya berjalan umpama air. Kadang-kadang duit gaji yang diperolehi adakalanya hanya mampu bertahan beberapa hari kerana hutang bulanan yang perlu dilangsaikan.

Namun begitu, sedarkah kita bahawa ada dua cara mudah untuk menjemput rezeki tapi dengan syarat selepas kita berusaha. Wallahualam.

Sedekah

Ana pernah terdengar mengenai ini di dalam ceramah yang pernah disampaikan oleh seorang ustaz yang boleh juga terkenal orangnya. Ada satu kisah di mana seorang hamba Allah nie ingin pulang ke Pakistan, namun ditangannya hanyalah mempunyai wang bernilai RM100 sahaja. Apa yang dilakukan oleh hamba Allah nie? Beliau sedekahkan wang RM100 nie dekat orang yang amat-amat memerlukan. Dan dengan izin Allah pada masa tersebut ada seorang hamba Allah memberikan wang kepada beliau RM1000 dan sudah semestinya ianya mencukupi. Wallahualam.

Ayat Al Quran juga ada menceritakan fadilat apabila kita bersedekah iaitu

Al-Quran  Surah Al- Baqarah Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Solat Dhuha

Solat Dhuha juga merupakan salah satu cara mudah untuk menjemput rezeki hadir di dalam kehidupan kita. Selain daripada menjemput rezeki solat ini juga merupakan solat sunat yang paling digalakkan dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang mana di dalam hadis menyebut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Selain itu juga, ada hadis yang menceritakan mengenai setiap bilangan dhuha yang dilakukan iaitu

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”

(Riwayat At-Thabarani )

Wallahualam. Semoga apa yang kita lakukan akan diberkati olehnya. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.

2,642 total views, 7 views today

5 Replies to “2 Cara Mudah Menjemput Rezeki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This