Teknik Mudah Menghafal Al Quran

Teringat dahulu masa zaman Sekolah Agama, bukan main liat nak hafal surah yang terdapat dalam Al Quran.. bukannya sebab susah nak menghafal ayat-ayat suci nie tapi disebabkan kemalasan dan dorongan syaitan serta iman yang lemah nie membuatkan ana tertewas untuk menghafal Al Quran…

Dan hukumannya apabila tak menghafal nie, memang kenalah denda dengan ustaz dan senior sekolah… selalunya dengan sejadah yang dah dilipat tebal tu lah menjadi senjata untuk denda kat tangan…pedih kot, tapi tulah yang buatkan ana dan rakan-rakan lain semangat untuk menghafal walaupun sedikit sebelum dapat zaman persekolahan…tapi rasanya kalau budak zaman sekarang kena macam tu, habis mak bapa datang nak saman cikgu….

Cara Mudah Menghafal Al Quran

Sebenarnya cukup mudah untuk menghafal Al Quran ini. Tak susah mana pun dan ana akan sharekan serba sedikit yang ana lakukan dulu untuk menghafal kitab suci kita tu…

Macam ana dulu, ana akan lancarkan membaca surah yang ana nak hafal tu berulang-ulang.. biasanya ana akan membaca sehingga bacaan menjadi lancar sebanyak 33 kali dan selepas tu InsyaAllah korang akan dapat hafal dengan mudah surah yang korang baca tu. Cuba korang ulang-ulang macam tu..InsyaAllah korang akan berjaya.

Waktu Sesuai Untuk Menghafal

Biasanya waktu palingĀ  senang untuk seseorang itu menghafal adalah diantara pukul 3 pagi sehingga sebelum masuknya subuh. Waktu ini memang terasa kosong dan tenang je. Sebab tu kebanyakkan sekolah tahfiz akan mengalakan pelajarnya untuk bangun Qiamulail dan menghafal pada waktu ini.

Semua ini merupakan apa yang pernah ana lakukan sebelum ini ketika hendak menghafal kitab suci Allah itu. Dan rasanya korang pun boleh lakukan begitu. Dan surah yang paling senang nak hafal adalah surah Yassin dan paling mencabar adalah Surah Al-Baqarah tapi tiada yang mustahil untuk dihafal.

Semoga apa yang korang usahakan dan hafalan korang akan menjadi penyelamat kepada ummah di dunia dan menjadi bekalan penting di akhirat sana..InsyaAllah

890 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.