Tangan Berpeluh Sebuah Anugerah

Tangan berpeluh ataupun kata specifik dia Hyperhidrosis pasti membuatkan si pemiliknya tidak selesa kerana tangan mereka kerap basah dan berpeluh…

Tangan Berpeluh petanda baik atau buruk

Ana juga merupakan salah seorang daripada individu yang menghidapi penyakit ini. Tangan ana memang kerap berpeluh. Namun adakah ianya sesuatu yang baik ataupun sebaliknya.

Bagi ana yang dah kena gejala nie rasanya tak ada pun apa-apa keburukan dalam kelemahan yang diberikan ini kerana ianya seolah-olah satu anugerah yang tiada nilainya dan membuatkan kita ini lain daripada yang lain.

Pengalaman Tangan Berpeluh

Semasa Peperiksaan

Banyak pengalaman menarik bila berbicara mengenainya. Setiap kali peperiksaan berlangsung, masa tu memang saat yang paling ana gusarkan, sebabnya bukan apa, habis kertas jawapan ana tu kotor. Pernah jugalah ana dimarahi pengawas peperiksaan sebab kertas jawapan ana tu kotor… tapi nak buat macam mana redha jela…

Semasa Berkahwin

Zaujah ana pun rupanya ada sindrom yang sama macam ana rupanya..jadi bila bergabung makin meletuplah peluh ditangan tu..hahaha, teringat masa kitaorang kena berpegangan tangan semasa berarak memang tak selesa langsunglah..tapi apa nak buat..kata istimewa kan??

Aktiviti Harian

Bila ada sindrom nie sememangnya sesuatu yang agak susah dalam menjalankan aktiviti seharian terutama ketika mengangkat sesuatu yang berat..secara tak langsung tangan akan nenjadi licin menyebabkan agak sukar untuk nengangkat barang yan berat.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang akan kita perolehi apabila tangan kita berpeluh tapi janganlah jadikan ianya sebagai satu kelemahan kepada kita tapi jadikanlah ianya sebagai satu kelebihan untuk kita.

1,149 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “Tangan Berpeluh Sebuah Anugerah

  • 11/01/2017 at 11:42 AM
    Permalink

    Kita serupa, sy drive pakai glove supaya tak tergelincir pegang stereng n lebih selesa sbb glove tu sedap peluh. Org tgk pelik ingatkan sy bwk motor atau pelesit bila drive, tp sy peduli apa? Hahahaha.

    Bila menulis, kertas melekat kat tangan, so sy koyakkan sikit kertas n buat alas supaya mudah nak menulis.

    Cuaca bahang mcm ni mesti tapak tangan n tapak kaki lebih kuat berpeluh
    Alongxp recently posted…Anxiety, stress dan kemurunganMy Profile

    Reply
    • 11/01/2017 at 10:07 PM
      Permalink

      Yup betul tu..sebab susah nak pegang trotle ngan stereng

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.