Tanda-tanda Hati Menjadi Hitam dan Mati

Hati manusia asal penciptaannya adalah suci bersih namun ianya boleh berubah menjadi lebih baik bahkan lebih bercahaya dan berma’rifat atau menjadi sebaliknya  kerana manusia diciptakan dengan iman yang berubah-ubah ….

فَلَوْلا إِذْ جَآءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَـكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ
وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَـنُ مَا كَانُواّ يَعْمَلُونَ

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Anaam 6 : 43)

HATI YANG MATI

Bahagian ini yang paling ditakuti, iaitu ketika hati sudah MATI, maka dia tidak akan menerima nasihat lagi. Segala perbuatan haram dan maksiat akan dipandang sebagai kebaikan. Bagi dia maksiat bagaikan minum air….! Dia akan berani menentang segala perintah Allah dan RasulNya. Dia juga tiada sifat belas ihsan sesama manusia. Sanggup memfitnah dan membunuh. Hidup mereka bagaikan binatang ternakan bahkan lebih buruk daripada itu…..!!! Ini adalah hati yang sudah di khatamkan seperti Firman Allah :

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2 : 7)

Di antara punca terjadinya hati berpenyakit, kemudian menjadi keras dan MATI sebenarnya banyak tetapi secara umumnya semua perkara yang bertentangan dengan syariat Allah dan dilakukan berterusan tanpa bertaubat adalah punca utama hati kita menjadi gelap..

Dosa yang dilakukannya itu boleh menjadi titik hitam di dalam hati yang mana ianya akan bertambah setiap hari sekiranya sering melakukan dosa sehingga akhirnya mampu menutup mata hatinya sedikit demi sedikit sehinggalah seluruh mata hatinya akan tertutup yang membuatkan akhirnya hatinya menjadi mati… Nauzubillahminzalik…

Namun begitu, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh kita untuk menyucikan hati kita dan menjauhkan hati kita daripada mati..

Di antara amalan yang boleh menyucikan hati yang telah ternoda adalah :

1. Lazimkan melakukan solat Taubat pagi dan malam sekurang-kurangnya 2 rakaat dan seeloknya pada waktu tahajud dan juga sebelum tidur…
2. Amalkann Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari semalam dengan perasaan penuh penyesalan. Cara mudah amalkan selepas solat fardu..
3. Hentikan daripada melakukan semua dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.
4. Wiridkan zikir La-Ilaha Illa-Allah setiap hari . Lagi banyak lagi baik. Kerana zikrullah adalah ubat, pencuci dan penyembuh bagi segala penyakit hati dan dosa! Mulai dengan 100 kali sehari semalam.
6. Wiridkan selawat atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam – sekurang2nya 100 kali.
7. Lazimkan baca Al-Quran sekurang2nya baca surah Yasin.

Wallahu A’lam

1,767 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.