Sinopsis Goblin Drama Korea

Rasanya agak lama juga ana tak layan cerita-cerita Korea nie… tapi baru-baru nie ada satu cerita yang dikatakan agak best untuk dilayan sehingga viral jugalah cerita nie dekat laman media sosial.

Goblin Buat Aku Terjebak Kembali Dengan Drama Korea

Sekali layan satu episod drama Goblin terus buat ana rasa nak layan episod seterus dan seterusnya sehingga habis cerita nie sebab boleh tahan jugalah menarik cerita nie yang buat ana susah nak berganjak daripada laptop ana nie..hehehe

Sinopsis Drama Goblin

Drama ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal iaitu Lee Dong Wook, Gong Yoo, Yoo In Na,  dan juga Kim Go Eun.

Drama ini telah ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh pengarah terkenal yang juga pernah mengarah cerita  Descentants Of The Sun iaitu Lee Eung Bok.

Jalan ceritanya mengenai Goblin (Gong Yoo), seorang orang tua yang kacak dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencari ‘pengantin goblin’, maka membawanya kepada perjumpaan Euntak  (Kim Go Eun), wanita yang dia telah jatuh cinta. Kisah cinta mereka, seperti kisah cinta hebat yang lain, penuh dengan ranjau dan duri apabila diketahui Euntak sebenarnya sedang melarikan diri daripada Malaikat Maut bernama Reaper (Lee Dong Wook). Reaper, ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan yang mana beliau pula menaruh hati. Plot cerita  memuncak apabila penonton mendapati Goblin dan Reaper berkongsi bilik, menjerumuskan kedua-duanya ke kancah yang begitu rumit, dengan mereka harus bergelut antara perasaan dengan tanggungjawab.

Cerita ini memiliki jalan cerita yang menarik tetapi pada masa yang sama juga ianya adalah satu cerita yang agak sedih juga…pasti korang ada yang menangis kan layan cerita goblin nie???hehehe

Triller Drama Goblin yang korang mesti tengok

1,650 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Sinopsis Goblin Drama Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.