Rooney Penjaring Gol Sepanjang Zaman Manchester United

Wayne Rooney bukan sahaja menjadi penyelamat kepada Manchester United pada perlawanan malam tadi daripada diaibkan pasukan Stoke City, tetapi menjadi penjaring gol terbanyak United selepas menjaringkan gol penyamaan United pada masa kecederaan perlawanan.

Rooney 250 Gol, Penjaring Sepanjang Zaman United

Gol yang amat-amat dinantikan oleh penyokong United itu pastinya antara gol yang dinanti-nantikan oleg Wayne Rooney untuk menjadikan pemain ini sebagai Penjaring Sepanjang Zaman United dengan menjaringkan sebanyak 250 gol sepanjang penglibatannya bersama United sekaligus menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Manchester United pada masa kini.

Penjaring Gol Sepanjang Zaman United

Rooney diberikan ucapan tahniah oleh Sir Bobby Charlton selepas menjadi penjaring terbanyak United

Rooney berjaya menumpaskan beberapa Lagenda United untuk menjadi penjaring terbanyak Liga termasuklah memecahkan rekod jaringan yang dijaringkan oleh Sir Bobby Charlton yang menjaringkan sebanyak 249 Gol dalam 606 penampilan sepanjang 17 tahun beraksi bersama United.

Semalam juga, Rooney bukan sahaja memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak united tetapi juga memecahkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak di tempat lawan di Premier League mengatasi Alan Shearer selepas menjaringkan gol perlawanan menentang Stoke City.

Selain Rooney dan Sir Bobby Charlton, penjaring gol terbanyak United ialah :

George Best

George Best diiktiraf sebagai bakat luar biasa yang pernah menghiasi bolasepak dunia. Malangnya Best meninggal dunia pada usia 59 tahun selepas berdepan masalah ketagihan alkohol yang kronik. Best menjaringkan 137 gol dari 361 penampilan, 11 tahun aksinya di Old Trafford meninggalkan memori sukar dilupakan bukan saja bagi generasi ketika itu tetapi juga generasi penyokong-penyokong United seterusnya.

Denis Law

Denis Law memulakan karier bersama kelab Huddersfield Town, Manchester City dan Torino, tetapi tempoh 11 tahunnya bersama Manchester United menyebabkan beliau dikenali selamanya sebagai lagenda. United menandatangani Law dengan nilai £115,000 sekaligus rekod baru Inggeris ketika itu. Keputusan mendapatkan khidmat Law benar-benar satu keputusan yang tepat apabila penyerang Scotland itu menjaringkan 237 gol dari 404 penampilannya.

 

 

692 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.