PERLU KE SOLAT MASA BERSALIN?

Rasanya persoalan ini pastinya sering kali bermain di minda isteri kita ketika tibanya saat dan masa untuk melahirkan zuriat amanah Allah s.w.t… Dan soalan yang sering hadir perlu ke solat ataupun ketika nak bersalin???

Lagi-lagi kalau ada tu dah masuk Labor Room daripada pagi sehinggalah malam dan masih lagi belum melahirkan.. disitu sudah ada 2 ke 3 waktu solat iaitu Zohor, Asar dan mungkin juga akan termasuk sekali waktu Maghrib…

Ana ada terbaca mengenai nie di Womb2Room yang mana pada ana adalah sesuatu yang ramai orang perlu tahu terutamanya para suami kerana isteri adalah tanggungjawab kita…

Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:
+ dah keluar tanda (mucus)
+ dah keluar darah (bloody show)
+ dah keluar air ketuban

Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB.

Macam mana nak solat?

Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.

Kalau tengah sakit? Kalau tak larat?
Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.
Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk.
Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita.

Apabila masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena qodo lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.

Sampai bila boleh solat?

Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti gi solat dulu pulak ye…

Apa ikhtiar yang boleh buat?
1/ Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
2/ Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Updated – Beberapa persoalan yg diterima:
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu’ dan terus solat.

+ Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak?
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.

+ Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat?
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.

Wallahualam..

Sumber : Womb2Room

 

1,135 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “PERLU KE SOLAT MASA BERSALIN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.