Pasukan Piala FAM 2017

Pasukan Piala FAM 2017

Kelahiran begitu banyak kelab daerah di negeri-negeri menjadi titik tolak kepada Liga Malaysia. Untuk musim 2017 sebanyak sebanyak 3 pasukan daerah akan mewarnai Liga FAM..

Pasukan tersebut antaranya ialah Kuching FA yang juga pemenang Liga Bolasepak Rakyat 2016 yang akan beraksi buat pertama kali di dalam Liga FAM musim ini.

Selain itu juga kehadiran Terengganu City FC yang hadir daripada segelintir penyokong yang mana meletakkan 100% ownership adalah daripada penyokong adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh kelab-kelab lain di Malaysia ini…

Dan yang paling mencuri tumpuan sudah semestinya kehadiran Petaling Jaya(PJ) Rangers FC yang membuat penjenamaan semula daripada pasukan Air Asia AllStars ternyata akan memberikan tanda aras positif kerana Petaling Jaya merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Selangor.

Sudah semestinya musim ini pasti kita akan melihat kehadiran penyokong yang ramai ke stadium untuk menyaksikan aksi pasukan yang mewakili tempat tinggal mereka. Ianya sudah semestinya penanda aras terbaik dalam berkembangnya pasukan bola sepak di Malaysia ini dapat dilihat..

Pasukan yang Beraksi di Piala FAM 2017

Seramai 16 pasukan akan beraksi dalam kancah liga divisyen ke 3 Malaysia ini yang mana format perlawanan sama seperti mana musim lepas iaitu pasukan ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang menampilkan 8 pasukan di dalam setiap satu kumpulan dan mereka bakal berlawan secara timpal balik.

Kalau tanya analah, pasukan mana yang akan ana sokong pada kejohanan ini sudah semestinya ana akan menyokong PJ Rangers sebabnya home mereka dengan rumah ana hanyalah 5 minit perjalanan..hihihi

817 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This