Marcos Alonso, Daripada Seorang Pertahanan Kepada Penjaring Gol

Nama Marcos Alonso akhirnya menjadi bualan mulut ramai orang terutamanya penyokong pasukan Chelsea selepas aksi memukaunya dengan menjaringkan 2 gol awal pagi tadi untuk membantu Chelsea mengatasi Juara Pertahanan Leicester City 3-0.

Pertahanan Atau Pemain Sayap

Perasan tak korang yang beliau nie banyak beraksi di bahagian sayap dan banyak membantu jentera pertahanan apabila diperlukan??? Pemain ini sebenarnya merupakan pemain pertahanan tetapi diberikan tugas sebagai pemain sayap. Dan itulah antara kejayaan kenapa Chelsea mampu beraksi dengan 3 pertahanan di dalam Premier League, sedangkan sebelum ini tiada pasukan mampu beraksi dengan baik apabila menggunakan 3 orang pertahanan.

Pemain Yang Berbaloi digunakan Dalam Fantasy Football

Kalau tak silap ana, daripada perlawanan ke 9 ana dah mula guna pemain ini dalam fantasy Football yang ana main dan ternyata pemain nie tak pernah mengecewakan ana kerana sepanjang perlawanan sentiasa memberikan mata yang banyak kepada ana…ana sarankan korang pun gunakan khidmat dia nie..hehehe

Pandangan ana, dia nie memang lincah dan antara individu yang penting untuk membantu Chelsea mencapai kejayaan pada musim ini.

 

496 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.