Macam Mana Nak Mengatasi Stress

Macam Mana Nak Mengatasi Stress

Stress ataupun tekanan hidup nie memang menghantui setiap individu di muka bumi nie… kalau tak dapat kawal perasaan, kadang-kadang boleh bertukar jadi hulk..semuanya serba tak kena je..

Bila dah stress kadang-kadang macam-macam perkara kita cuba lakukan…

Bermacam-macam cara kita lakukan kadang-kadang agar dapat mengurangkan perasaan tekanan (stress) yang menghantui kita nie.

Dan ini ana nak share kan beberapa perkara yang akan ana lakukan apabila ana berasa stress..

5 Perkara boleh lakukan bila stress

Berzikir mengingati Allah..

Dengan berzikir hati menjadi tenang..Jadi bila masalah melanda kita, cuba berbanyakkan berzikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.. biasanya selepas berzikir nie memang terasa kosonglah sehingga boleh sebentar lupakan tekanan yang berada di sekeliling kita.

Mengambil Wuduk

Bila mengambil wuduk bukan sahaja membersihkan diri tetapi membersihkan hati kita daripada sebarang kekotoran. InsyaAllah selepas ambil wuduk tu dah tak adalah rasa nak marah-marah sangat.

Membaca Al Quran Atau Buku

Membaca Al Quran juga merupakan salah satu cara yang disarankan oleh Islam apabila kita mengalami stress nie. Ada satu artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Tidur Sebentar untuk Hilangkan Stress

Yang nie pun korang boleh lakukan bila stress, tidur nie tak perlulah dalam tempoh yang lama tetapi korang bolehlah tidur dalam 15-30 minit.. Dan tidur pada waktu siang ataupun Qailulah boleh mengurangkan stress dan meningkatkan tenaga. Sebab itulah ianya digalakan di dalam Islam

Eratkan Hubungan Dengan Kawan Dan Keluarga

Cuba rapatkan hubungan dengan kawan-kawan ataupun keluarga, kerana dengan banyak komunikasi sudah semestinya ada gelak dan tawa antara satu sama lain.. jadi ianya sebanyaknya dapat mengurangkan stress dan memberikan kita lebih relax dalam menghadapi kehidupan seharian kita.

Ini antara beberapa perkara yang korang boleh lakukan untuk kurangkan stress dalam kehidupan korang.. buang stress dan hidup dalam keadaan harmoni…dan fikirlah janji hati senang.

1,157 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This