Keputusan Perlawanan Negeri Sembilan Dan Sabah 2017

Liga Malaysia membuka tirai perlawanannya hari nie yang mana memulakan saingan liga Premier Malaysia 2017. Sebanyak 4 perlawanan Liga Perdana dan satu perlawanan Piala Sumbangsih telah dilangsungkan. Dan pastinya yang mencuri tumpuan adalah perlawanan di antara Negeri Sembilan menentang Sabah yang berlangsung di Paroi.

Bruno SuzukiCastanheira Wira Negeri Sembilan

Bruno SuzukiCastanheira muncul wira Negeri Sembilan hari ini apabila berjaya meledakkan hatrik pertama dalam saingan Liga Malaysia 2017 yang mana sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain import kuota Asia pertama menjaringkan hatrik dalam saingan Liga Malaysia.

Sabah Terkulai Di Tempat Lawan

Kealpaan yang ditunjukkan pasukan Sabah pada separuh masa pertama membuatkan mereka dihukum pasukan Tuan Rumah apabila berjaya menjaringkan tiga gol pada babak pertama permainan. Sabah bernasib baik kerana Negeri Sembilan gagal menyempurnakan sepakan penalti oleh Simic.

Alhamdulillah, kemenangan yang amat bermakna bagi penyokong Negeri Sembilan ini pastinya akan terus membakar semangat pemain dan penyokong dalam merealisasikan peluang untuk beraksi di saingan Liga Super Malaysia pada 2018 dapat dilaksanakan.

827 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.