Kelakar Tapi Ada Makna Tersirat Yang Korang Perlu Tengok Webfilm Tahun Baru Cina Daripada TNB

Kelakar Tapi Ada Makna Tersirat Yang Korang Perlu Tengok Webfilm Tahun Baru Cina Daripada TNB

Rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dekat semua sahabat dan rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Tahun nie, tahun ayam pula, dah semestinya ramai yang mengharapkan “Ong” pada tahun ini..

Semestinya apabila tibanya musim perayaan nie, webfilm ataupun iklan daripada syarikat besar-besar akan hadir di youtube ataupun di dalam media sosial dan juga kaca televisyen. Dan pastinya masing-masing cuba untuk menyampaikan mesej yang baik untuk diambil iktibar kepada kita semua.

Iklan Tahun Baru Cina Daripada TNB Menjadi pilihan..

 

Banyak-banyak iklan yang ana dah tonton, ana memilih untuk mengupas mengenai iklan ataupun webfilm yang diterbitkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), kalau selalunya mereka hadir dengam iklan yang ada kena mengena dengan cahaya ataupun elektrik menyuluh kehidupan, tetapi lain pula iklan kali ini.

Dan ianya ada kena mengena dengan perayaan Tahun Baru Cina nie. Ianya mengenai makan besar, agak kelakar bila layan iklan ini tetapi mesej yang disampaikan apabila makan bersama ataupun apabila kita bersama pastinya akan lebih bermakna berbanding asing-asing ataupun sekadar bersendirian sahaja.

Table Of Harmony

Korang lepas layan iklan nie, korang bolehlah pula layan Table Of Harmony nie. Nanti dapatlah jawapan menu apa yang korang sediakan tu. Ala-ala tukang masak yang berkungfu hustle gitu jadinya nanti.hehehe

1) korang masuk ke website : http://betterbrighter.my/tableofharmony

2) Klik ” Unveil Mystery Dishes”

3)¬†Klik ‘Discover what mystery dish you are and join the table

4) Jawab salah satu soalan yang diberikan.. Dan korang akan dapat keputusannya. Ana dapat Mongolian Chicken Wing.

 

Oklah, macam mana nak dapatkan table of harmony nie?? Senang je, korang ikutlah cara mudah kat bawah nie:

Amacam??? Apa menu yang korang dapat??? Paling penting bukan sahaja mesej yang disampaikan sampai tetapi kita juga dapat berhibur dan memahami apa isi tersirat yang disampaikan. Good job TNB.

1,797 total views, 7 views today

14 Replies to “Kelakar Tapi Ada Makna Tersirat Yang Korang Perlu Tengok Webfilm Tahun Baru Cina Daripada TNB”

Leave a Reply to Firzz radzi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This