Jersi PKNS FC 2017

Pasukan PKNS FC telah memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka bagi menghadapi saingan Liga Super 2017. Disamping itu juga mereka bukan sahaja memperkenalkan jersi tetapi memperkenalkan bas yang akan digunakan sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

Smart Jersi Pasukan “Adik” Nie..Kalah pasukan “Abang”

Pemain memperagakan jersi dihadapan bas baharu pasukan PKNS FC

Smart juga jersi baharu pasukan PKNS nie, terutamanya yang warna merah kuning terserlah Selangor dia tu… al maklumlah lagipun moto pasukan ini bagi Saingan Liga Super pada musim ini juga adalah #DemiSelangor… jadi tak mustahil dengan hadirnya jersi kuning merah yang pertama kali akan dipakai oleh pasukan yang baharu dinaikkan ke Liga Super nie.

Jersi away PKNS FC

Pasukan yang pada mulanya tidak dibenarkan beraksi oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) nie rasanya lebih baik berbanding pasukan abang mereka iaitu Selangor… ketika PKNS memperkenalkan Jersi mereka yang masih mengekalkan warna oren sebagai Home Jersi dan Kuning Merah Away Jersi itu, pasukan abang pula dikatakan akan menggunakan Jersi yang dipakai oleh mereka pada musim lepas.

Manakala Selangor pasukan “abang” menggunakan jersi musim lepas

 

Pengurusan PKNS lebih Baik Berbanding Selangor.

Boleh dikatakan pengurusan skuad yang digelarkan sebagai adik kepada Selangor ini lebih baik berbanding pasukan abangnya. Apa tidaknya pada musim ini banyak yang telah dilakukan oleh pengurusan team yang popular dengan jolokan semut merah itu berbanding skuad Gergasi Merah Kuning yang tak habis-habis mengharapkan dana kerajaan Negeri.

P/s ana dapat rasakan apabila penswastaan liga bermula secara keseluruhanya, rasanya PKNS yang lebih bersedia berbanding Selangor selagi mana exco lama masih dikekalkan….

1,234 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.