Faiz Subri Lakar Sejarah Bola Sepak Malaysia

Debaran yang dirasai bukan sahaja oleh Faiz Subri, tetapi seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila pemain Pulau Pinang iti dinobatkan sebagai pemenang jaringan tercantik di Anugerah Puskas FIFA 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland.

Sejarah Bola Sepak Malaysia Tercipta oleh Faiz Subri

Faiz Subri merupakan pemain pertama daripada Malaysia dan Asia yang berjaya merangkul gelaran “The Best Goal” nie.

Jaringan tersebut telah diangkat oleh ramai pemerhati bola sepak sebagai melawan hukum alam itu telah diangkat sebagai gol tercantik hasil undiam orang ramai yang dijalankan oleh FIFA itu mengetepikan cabaran daripada Marlone dan Daniuska Rodriquez.

Kejayaan Paling Bernilai Bola Sepak Malaysia 2016

Bola sepak Malaysia mengalami kegagalan yang terlalu banyak pada 2016 dan antaranya adalah gagal melayakkan diri ke Pusingan Separuh Akhir Piala AFF 2016 dan beberapa lagi kegagalan yang berpunca daripada FAM.

Faiz Subri Mengubat Kekecewaan Penyokong Bola sepak Malaysia

Tetapi Faiz Subri mungkin mampu meredakan rasa kekecewaan yang terbuku di kalangan penyokong bola sepak Malaysia dengan membawa kejayaan anugerah Puskas ini.

Sejarah Anugerah Puskas FIFA

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás dan bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an.

Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

P/s ana harap selepas ini Faiz Subri akan terus berjaya di dalam bola sepak dan buktikan kepada dunia yang jaringannya itu bukanlah kerana nasib semata-mata

887 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “Faiz Subri Lakar Sejarah Bola Sepak Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.