Cafe Hipster Crave Ara Damansara

Cafe Hipster Crave Ara Damansara

Kafe Crave yang terletak di Oasis Ara Damansara dengan rumah ana hanyalah 5 minit perjalanan, dan sudah lama sebenarnya nak lepak kat kafe nie dengan Sidia. Dan segalanya menjadi kenyataan apabila sabtu lepas Sidia mengajak ana mengopi di Kafe hipster ini.

Apa Yang Menarik di Crave Ara Damansara

Pastinya coffee dialah yang menarik minat untuk ana singgah mencuba makan di sini. Disini disediakan makanan western seperti Spagethi Carbonara, Sandwich Meatball, Pancake Strawberry dan banyak lagi menu yang pasti susah rasanya nak pilih…hehehe. Dan yang paling best tempat nie agak selesa juga untuk bersantai-santai petang-petang bersama kawan-kawan ataupun bersama Sidia.

Menu Apa Yang Ana Makan Di Crave

Ana telah memilih untuk makan Sandwich Meatball yang berharga RM12 nie.

Didatangkan bersama roti yang ranggup dan meatball tang lembut membuatkan ana susah untuk berhenti memakannya.. antara makanan paling sedap buat lidah ana pada masa ini. Sidia yang memilih bab-bab makanan western nie pun puji dengan makanan nie… sayur yang didatangakan bersama sandwich nie pun sedap..kiranya memang satu kombinasi yang terbaik pernah ana makan buat masa nie.

Pancake nie pun antara yang the best di sini.. lembut je pancake dia dan dimakan bersama strawberi antara kombinasi yang terbaik. Kalau sebelum ini ana hanya makan dengan madu je..kali ini berbeza sikit.

Ini pula air yang ana pilih iaitu Hazelnut Latte. Ianya tak terlalu manis dan rasanya agak kaw juga, kiranya bolehlah kena dengan tekak ana nie yang tak sukakan manis sangat nie..

Rasanya agak berbaloi makan dekat sini, harga murah bahkan makanan pun sedap dan mengenyangkan..Ianya terletak di Oasis Ara Damansara pastinya senang untuk korang sendiri mencuba makan di sini..

998 total views, 2 views today

One Reply to “Cafe Hipster Crave Ara Damansara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This