5 Sebab Tengok Bola Sepak Di Stadium Lebih Best berbanding di Rumah Dan Kedai Mamak

Bola Sepak merupakan sukan No 1 di negara kita, walaupun skuad kebangsaan mengalami rekod buruk dalam kejohanan antarabangsa, namun ianya sedikit pun tidak mengurangkan sukan ini terus diminati di negara kita…

Ana ada bertanya kepada beberapa sahabat ana seronok ke layan bola di stadium berbanding di rumah mahupun di kedai mamak.. Dan daripada itu ana dapat membuat 5 kesimpulan yang ana sendiri rasakan apabila menonton perlawanan bola sepak di stadium.

Dapat Kenalan Baharu

Apabila menyaksikan bola sepak di stadium, korang pasti akan dapat kenalan baharu setiap kali perlawanan. Ini kerana daripada minat yang sama dan menyokong pasukan yang sama pasti korang akan bertukar-tukar cerita mengenai pasukan kesayangan korang di tempat duduk penonton.

Merasakan Aura Perlawanan

Kalau selalu korang dah biasa menyaksikan perlawanan Premier League, La Liga dan Bundesliga di Rumah ataupun kedai mamak tentu korang akan melihat aura penyokong pasukan kesayangan korang di stadium dan yang paling ana minat lihat adalah The Unity iaitu ultras bagi Pasukan Borrusia Dortmund yang sentiasa bersemangat menyokong pasukan mereka selama 90 minit. Jadi di Liga Malaysia nie lah baru kita boleh merasa aura sebegitu dengan pergi ke stadium. Tak kiralah korang kuaci fans ataupun ultras pasti bersorak selama 90 minit lah.

Dapat Maki Pengadil Dan Pemain

Yang nielah part yang paling ramai orang suka buat apabila turun ke stadium..Betul tak??? Tapi rasanya kurang molek kalau kita memaki pemain, sebab kadang kala tu bukan sengaja pun dia buat mistake.. tapi kalau maki pengadil tu memang salah satu part yang ana paling suka bila berada di stadium…nak maki kena depan-depan…hahahaha

Dapat Meraikan Jaringan Bersama Pemain

Dan saat yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya saat pemain dapat menjaringkan gol. Aura dia lain macam kot, kadang-kadang tu ko boleh sampai peluk orang kat sebelah ko walaupun ko tak kenal pun siapa orang kat sebelah ko…tapi paling best kadang-kadamg tu pemain meraikan jaringan berhampiran dengan ko…kalau kat rumah dan kedai mamak korang raikan depan skrin je la…

Pemain Bersama Korang Selepas Tamat Perlawanan

 

 

Kalau kat pasukan lain ana tak tahulah, tapi kalau team Negeri Sembilan, sejurus tamat je perlawanan pasti pemain akan menuju ke penyokong untuk bersalaman dan bergambar sebagai tanda ucapan terima kasih kerana menyokong pasukan mereka ketika beraksi.

 

Jadi tak heranlah kalau ada penyokong sanggup menghabiskan ratusan mahupun ribuan ringgit untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi di Stadium. Sebabnya mereka sendiri tau kenapa mereka lakukan begitu dan paling best sentiasa menyokong pasukan tidak kira ketika menang mahupun kalah.

837 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.