5 Cara Kita Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi

Pernahkah kita terbayangkan akan nikmat pemberian Allah yang tak terhingga dan hadir tanpa kita duga?? Pernahkah apabila ditangan duit kita tidak mencukupi tetapi Allah hadirkan rezeki tanpa kita duga???

Namun setiap nikmat yang hadir itu, adakah kita bersyukur dengan setiap pemberianNya?? Beeikut ada 7 cara tanda kita bersyukur diatas setiap pemberiannya…

Saat Beribadah pastinya kita akan sentiasa mengungkapkan perkataan Alhamdulillah di awal surah Al Fatihah, dan sehingga selesai solat juga kita akan mengungkap kalimah memuji Allah ini. Sudah semestinya dengan solat tanda utama kita bersyukur kepadaNya.

Ketika Bangun Tidur ucaplah syukur dengan membaca doa tidur kerana kita masih diberikan peluang bernafas selepas melalui mati kecil yakni tidur.

Berikan senyuman kepada Orang Lain juga merupakan cara untuk kita menzahirkan tanda syukur kita. Kerana apabila kita menyebarkan senyuman nescaya kita akan menyebarkan aura positif kepada orang lain. Bukankah itu lebih baik???

Ucaplah Terima kasih memang nampak simple tetapi ianya memberi kesan kepada orang lahir. Dengan ucapan terima kasih secara tidak langsung memberi tanda kita bersyukur kepadaNya.

Memberi Sesuatu kepada orang lain seperti hadiah juga boleh dijadikan sebagai cara kita bersyukur kerana apa salahnya memberi kalau kita ada nikmat yang orang lain tidak berpeluang memperolehinya. Tidakkah itu tanda kita seorang yang bersyukur.

Sudahkah kita bersyukur hari ini??? Semoga Allah menjadikan kita sebagai insan yang paling bersyukur walau apa jua yang jadi..

1,400 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “5 Cara Kita Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.