FIM Supermoto Begitu Mengujakan

Kalau sebelum ini rata-rata rakyat Malaysia terutama yang meminati sukan permotoran pastinya lebih arif dengan MotoGP dan juga Superbike (SBK) yang juga menampilkan pelumba daripada negara kita seperti Khairul Idham Pawi, Zulfahmi Khairuddin, Adam Nuruddin dan Hafizh Syahrin…

Supermoto Race

Tapi tahukah korang pasal sukan Supermoto nie??? FIM ¬†Asia Supermoto nie pun ana tak berapa tahu sangat sebenarnya tapi ianya juga merupakan salah satu sukan yang berada di bawah “The Federation International de Motorcycles” ataupun FIM yang menampilkan juga pelumba Malaysia seperti Gabit (Muhammad Habibullah) , Gaban dan Hairi yang beraksi dalam kejohanan utama Supermoto nie.

Bersama para pelumba supermoto Malaysia, Gabit, Gaban dan Hairi

 

Satu-satunya pelumba supermoto wanita dalam Kejohanan ini… Siti Fatimah Husna…nampak je lembut tapi mampu mencabar kehebatan rider lelaki yang lain

Layan Supermoto Bersama KBBA9

 

Semalam berkesempatan lah juga ana bersama sahabat Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) layan perlumbaan supermoto yang berlangsung di Litar Go Kart Stadium Shah Alam.

Rupanya2 Grand Prix Malaysia nie merupakan perlumbaan keempat dieorang musim ini… sebenarnya tak banyak juga ana tahu pasal sukan nie, sebab nie pun pertama kali layan sukan nie. tapi memang mengujakan bagi ana, rasanya kalah motogp dengan SBK.

Korang yang tak berkesempatan pergi semalam, ana syorkan korang pergi hari nie cuba cari feel kat sukan nie pulak dan paling penting berikan sokongan dekat riders Malaysia…

komen anazarin, sukan nie perlu diperbanyakkan lagi buat masa hadapan kerana dengan adanya kejohanan seperti ini dapat mengetengahkan lagi bakat pelumba daripada negara kita dan dapat mengurangkan kadar lumba haram di jalanraya…

1,788 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

23 thoughts on “FIM Supermoto Begitu Mengujakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.