Aku Dan Manchester United

Aku mula-mula mengenali pasukan Manchester United (MU) nie daripada bapa akulah, masih aku ingat lagi masa tu aku umur 6 tahun dan jersi pertama yang aku dapat adalah jersi Manchester United. Dan sejak tu aku memang minat gilalah dengan team yang famous dengan jolokan Red Devils tu…

Gambar pinjam google.. tapi nielah gambaran jersi pertama aku dapat

Era Kegemilangan United

Ingat lagi, masa tu pun memang zaman United tengah power meletop..Dan yang paling best pada season 1998/1999..masa tu United menang Triple tak silap aku… United menang Champions League, Liga Perdana Inggeris dan juga FA Cup…

Dan masa nie, antara pemain paling aku minat adalah Ryan Giggs, Paul Scholes, Jaap Stam dan David Beckham..memang kalau boleh aku nak cari je peluang untuk tengok diaorang nie beraksi..

Manchester United terus Dibenci

Rasanya ramai fans kat luar sana benci dengan Manchester United nie..tapi aku tetap terus sokong team nie walapun ketika zaman kejatuhan mereka ataupun ketika mereka masih gah menjadi pasukan digeruni..

Ada juga yang mengelarkan penyokong Manchester United nie walaupun tak pandai main bola pun kenal…tahulah aku nie kaki bangku…tapi aku peduli apa dah aku minat..hahahaha

Kenapa Bukan Liverpool

Yang nie aku pelik juga, kenapa bapa aku tak belikan aku jersi Liverpool walaupun bapa aku die hard fan Liverpool…hahaha

Tapi yang bestnya setiap kali perlawanan Liga Perdana Inggeris nie bapa aku pasti akan bahan aku dan team aku..sampai sekarang nie lah…hahaha..tapi bila fikir balik sebab bola sepaklah hubungan kitaorang rapat gila….

Sekarang nie, lepas tengok games pasti akan ada babak ejek mengejek.. tapi biasalah, tu lumrah kami penyokong bola sepak..cuma suka2..tapi yang tak bestnya ada juga tu yang suruh aku tukar kelab, tapi bagi aku jiwa aku tetap bersama United jadi tak kisahlah ke gua ke tak, janji aku tetap sokong team nie…

762 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.