Aku Bukan Malaikat

Aku Bukan Malaikat

Aku hanyalah insan biasa
Sama seperti mereka semua
Aku hanyalah insan
Yang pasti tak lari daripada kesilapan

Aku bukan Malaikat
Yang sentiasa ada iman di dada
Adakala iman meningkat
Adakala iman menurun
Kerna aku hanyalah insan
Dan bukannya Malaikat

Aku bukan Malaikat
Usahlah terlalu memuji
Kerna aku gusar
Riak menanti

Aku seperti kau
Kau seperti aku
Kita sama
Tiada beza
Tapi ingatlah wahai sahabat
Iman yang membezakan kita

1,578 total views, 5 views today

4 Replies to “Aku Bukan Malaikat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This