Wolverine : Akhirnya Kami Menang

Wolverine : Akhirnya Kami Menang

Tanggal 5 dan November yang lepas sebanyak 6 superhero telah berkumpul di Port Dickson bersempena dengan Koperasi Tentera (KT) staf day…

Antara superhero yang beraksi di medan ini adalah Wolverine, Superman, Kung Fu Panda, Batman, Hulk dan Power Rangers..

Wolverine Yellow Team

wolverine team

 

Ana bersama 41 orang yang lain telah terpilih mewakili pasukan Wolverine yang mana terdiri daripada pelbagai peringkat yang berkerja di Koperasi Tentera..

Banyak aktiviti yang dilakukan semasa di dalam KT staf day nie antaranya deko khemah pasukan, membina istana pasir, runaway baju yang dibuat dengan bahan kitar semula dan telematch…

wolverine team
Deko khemah wolverine team
Piramid wolverine team
Piramid wolverine team
Selepas selepas runaway yang mana ana salah seorang modelnya...cer teka mana satu ana?
Selepas selepas runaway yang mana ana salah seorang modelnya…cer teka mana satu ana?

Komitmen Wolverine team

wolverine team

Boleh dikatakan sepanjang penglibatan ana mengikuti team building rasanya inilah team yang paling terbaik yang ana pernah sertai… mana tidaknya, setiap ahli kumpulan telah memberikan komitmen yang tinggi sebelum, semasa dan selepas staf day nie dilangsungkan.. dan yang paling bestnya semua sekepala tak kiralah yang muda ataupun yang lebih senior…

Wolverine kecewa

Boleh dikatakan pada mulanya setiap ahli team wolverine agak kecewa pada malam selepas mengadakan persembahan Runaway… kerana pada ketika itu ada pengumuman pasukan tiga terbaik yang mana markah diambil sepanjang aktiviti pada waktu petang… yang mana nama team wolverine nie tidak tersenarai langsung di dalam bottom 3… memang nampak ketara pada masa ini di setiap riak wajah ahli kumpulan… tapi Alhamdulillah kekecewaan kami hanyalah sekejap, kerana setiap ahli team akhirnya bersemangat kembali kerana perjuangan masih belum selesai..

Pada keesokan harinya kami lupakan segala kekecewaan pada malam hari dan meneruskan dengan rentak semangat… bagi kami pada masa tu, menang kalah belakang cerita tapi yang penting kerjasama kami sehingga ke titisan keringat terakhir akan dikeluarkan…

Wolverine Team terbaik

Semasa pengumuman team terbaik, pada mulanya rata-rata team merasakan yang mungkin team Superman akan menjuarai staf day nie kerana kedudukan mereka sebelum ini yang berada di puncak… namun segalanya berubah dalam sekelip mata apabila nama wolverine diangkat sebagai juara kumpulan staf day… ternyata kepenatan ber “team building” selama dua hari nie hilang di atas kejayaan nie..

Wajah-wajah gembira selepas diumumkan sebagai juara...
Wajah-wajah gembira selepas diumumkan sebagai juara…

Terima kasih to all our team… korang memang terbaik..siapa sangka kalau sebelum ini kita mungkin tak kenal tetapi selepas staf day nie kita semua menjadi rapat…hope kalau ada lagi tahun depan harap2 dapatlah kita satu team lagi..hihihi

1,052 total views, 3 views today

2 Replies to “Wolverine : Akhirnya Kami Menang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This