Teruja di KL Tower Mini Zoo

Teruja di KL Tower Mini Zoo

Sebelum nie, serius tak tahu pun dekat area Menara Kuala Lumpur nie mempunyai mini zoo mereka sendiri… puas jugalah fikir, dekat area mana Zoo ini terletak.. Dan yang bestnya kali ini ana ke sini bersama dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari…

Pintu Masuk KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo Mengujakan

Terasa keterujaan tu hadir apabila ana masuk ke dalam pintu masuk, sebabnya haiwan yang pertama menyambut kedatangan kitaorang adalah burung kakak tua…

bergambar dengan burung kakak tua di Mini Zoo

Korang juga boleh bergambar dengan burung yang comel dan jinak nie secara percuma..nak posing macam mana pun boleh, janji jangan bawa pulang sudah burung tu….

Kat bahagian satu lagi korang berpeluang berjumpa dengan anak kangaroo..tapi bukan kat dalam kantung mak dia tapi dalam beg…comel je tengok, rasa cam nak gigit pun ada…hahaha

Sedih sangat sebab kangaroo nie pilih bulu..dengan perempuan best je dia tangkap gambar...tapi dengan ana...sabar jela
Sedih sangat sebab kangaroo nie pilih bulu..dengan perempuan best je dia tangkap gambar…tapi dengan ana…sabar jela

Bagi Haiwan Makan Secara dekat di KL Tower Mini Zoo

Kat sini juga korang berpeluang bermain dengan burung dan bagi makan kepada dieorang nie…memang seronoklah duk melayan burung-burung yang kiut comel nie…boleh hilang stress tau….

Mini Zoo KL Tower

Seterusnya korang berpeluang berjumpa dengan kura-kura gergasi yang berusia 30 tahun…nama dia adam, mula-mula terkejut juga sapa yang penjaga haiwan nie panggil…rupa-rupanya kura-kura itu punya namalah…

bersama adam si kura-kura gergasi

Dan yang bestnya suasana sekeliling mini zoo nie dikelilingi suasana hutan yang pastinya menambahkan rasa dan suasana alam flora dan fauna menusuk di jiwa bila berada di sini…

kl tower mini zoo

kl tower mini zoo

kl tower mini zoo

kl tower mini zoo

kl tower mini zoo

kl tower mini zoo

kl tower mini zoo

Harga KL Tower Mini Zoo

harga tiket KL Tower Mini Zoo

Harga untuk korang masuk ke dalam Zoo nie adalah RM32.00 bagi orang dewasa, kanak-kanak berharga RM27.00 bagi kanak-kanak dan warga emas… bagi kanak-kanak yang berada di bawah 90cm, Percuma je tuk masak ke taman haiwan ini…

Cuti sekolah pun dah nak dekat, korang bolehlah bawa anak-anak korang melawat ke mini zoo nie, tak jauh pun hanya di Menara KL je…

geng Kelab Blogger Ben Ashaari

 

1,514 total views, 3 views today

9 Replies to “Teruja di KL Tower Mini Zoo”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This