Red Bull Liepzig Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Menerajui Liga

Red Bull Liepzig merupakan pasukan yang baharu sahaja dinaikkan ke Bundesliga iaitu Liga utama di Jerman. Pasukan ini juga telah menerajui liga bersama Bayern Munich pada masa kini…Namun begitu, RB liepzig nie begitu dibenci terutamanya bagi peminat bola sepak Jerman terutamanya di kalangan ultras… Mengapakah mereka amat dibenci?

Red Bull Leipzig – Kelab paling dibenci di Jerman

Red Bull Liepzig dibenci di Jerman

Bukan kerana mereka berjaya dalam masa yang sekejap membuatkan ramai yang membenci pasukan ini seperti mana pasukan JDT dibenci di Malaysia.. Namun berbeza pada pasukan ini sehinggakan ramai yang melakukan protest terhadap pasukan yang baharu dinaikkan daripada divisyen kedua ini.

Protest terhadap RB Leipzig FC

Protest hebat baik daripada pengurusan kelab Bundesliga mahupun peminat terutamanya dari kelompok Ultras menentang pembentukkan kelab RB Leipzig ini. Bagi mereka, penubuhan Rb Leipzig adalah simbol kemenangan kemewahan wang ke atas nilai tradisi dan money can buy you anything.

Memetik komen dari wakil Dortmund, Jan-Henrik Gruszecki, mereka menentang RB Leipzig kerana faktor kenapa kelab itu ditubuhkan. Bagi mereka, RB Leipzig ditubuhkan hanyalah untuk mempromosi dan menjual produk air Red Bull dan berorientasikan kepada keuntungan sedangkan Borussia Dortmund bermain bola kerana hometown pride.

Antara protest yang dijalankan

a. Tahun 2009
Protest di subbandar Leipzig. Papan iklan yang tertera logo air minuman Red Bull telah disembur dengan cat spray dan graffiti.
3 friendly match terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan
VFB Stuttgart, FC Nurnberg, TSV 1860 Munich dan beberapa kelab lain terpaksa membatalkan friendly match kerana protest dari penyokong mereka sendiri.

b. Tahun 2013
Ketika menerima kunjungan FC Hansa Rostock, penyokong Hansa Rostock mengosongkan section away fans selama 7 minit. Selepas minit ke 7, barulah mereka memenuhkan section away fans.

c. Tahun 2015

Sebaik layak ke 2.Bundesliga, penyokong kelab yang beraksi di divisyen dua menganjurkan kempen ‘Nein Zu RB’ atau dalam bahasa inggeris membawa maksud ‘No to RB’. Di akhir musim 2015/16, sebanyak 182 kelab penyokong mewakili 29 kelab Jerman mengikuti kempen ini.

Menentang Union Berlin. Penyokong Union Berlin membuat silent protest selama 15 minit dan membentang banner yang tertulis ‘In Leipzig, the football culture is dying.”

Menentang FC Heidenheim. Penyokong Heidenheim menampal cetakan wang palsu ke badan bas pemain RB Leipzig.

d. Tahun 2016

Kejayaan RB Leipzig menjuarai divisyen 2 Bundesliga pada tahun sebelumnya melayakkan mereka untuk beraksi di top divisyen Bundesliga. Kelab hingusan ini telah melompat dari divisyen 5 ke divisyen pertama dalam tempoh 7 tahun sahaja.

Protest lagi hebat daripada traditional big Germany club lebih agresif.

DFB Pokal German Cup first round vs Dynamo Dresden. Ultras Dynamo telah melempar kepala lembu jantan simbolik kepada Red Bull sebagai tanda protest ke belakang pintu gol.

Penyokong Borussia Monchengladbach protest selama 19 minit.

Penyokong FC Cologne block laluan bas RB Leipzig ke stadium. Perlawanan bermula lambat 15 minit atas insiden ini.

Penyokong Hoffenheim membuat tifo gergasi tertulis beberapa ayat. Antara ayatnya adalah “Not everyone can be a plastic club – F**k RBL”.

Dan pada 10 Sept 2016, penyokong Dortmund memboikot game away ke Red Bull Arena yang merupakan stadium RB Leipzig yang terletak 340km dari Dortmund. Mereka memboikot kehadiran ke stadium itu atas protest “against modern football”. Mereka lebih rela menonton perlawanan pasukan remaja Dortmund dan kemudiannya mendengar ulasan game RB Leipzig vs Dortmund melalui ulasan radio. Mereka juga tidak membenarkan pihak peniaga untuk membuat friendship scarf dengan nama dan logo RB Leipzig.

Korang rasa patut ke pasukan ini harus dibenci oleh para penyokong???

1,272 total views, 5 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.