Kenapa Nak Marah, Chill Sudah

Mengapa nak marah??? Mengapa biarkan nafsu amarah menguasai diri.. Mengapa dan Mengapa???

Itulah persoalan yang sering bermain di benak fikiran ana  nie… sebabnya bukan apa, ana kadang kala pelik dengan sikap kita yang lebih memanjakan amarah nie sehingga mengakibatkan ramai yang sengsara…

Marah membawa keburukan bukan kebaikan…

Marah nie, kalau gagal dibendung sudah semestinya akan ada yang terluka, masa tulah nanti macam-macam akan berlaku ada yang kena cangkul lah, kena pukul lah, kena tendang dan macam-macam lagi…sebabnya pasti kita tak akan sedar sebabnya marah sedang merasuk ke dalam jiwa…

Hadis nabi mengenai marah nie…

Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw., “Berilah saya nasihat”. Nabi bersabda, “Tahan marah”. Lelaki itu ulangi permintaannya dan Nabi tetap menjawab, “Tahan marah”. (HR. Bukhari).

Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu.” (HR. Thobrani, Shohih)

Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

Jadi janganlah terlalu melayan perasaan marah, sebab ianya bukan sahaja membawa kepada keburukan bahkan boleh menghancurkan kehidupan sebuah institusi kekeluargaan… Chill sudah…

986 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.