5 Sebab Kegagalan Kim Swee Di Piala AFF Suzuki

Kita baru sahaja dikejutkan dengan kegagalan pasukan Harimau Malaya ataupun FAM kata Harimau Malaysia di Pentas Piala AFF Suzuki pada edisi kali ini…

Pulang Dengan Kegagalan

Ana nie kalau nak borak pasal taktikal atau apa jua pasal bola sepak nie tak adalah pandai mana pun tapi ana ada baca di page Harimau Malaya yang mana dieorang nie ada menceritakan mengenai 5 sebab utama kegagalan Malaysia kali ini.

5 Sebab kegagalan Ong Kim Swee

1) Pemilihan pemain yang boleh dipertikaikan. Tiada natural defensive midfield. Ada pemain yang perform dalam liga tapi tak dipilih atas alasan tiada pengalaman antarabangsa.

2) Darren Lok hanya main 30 minit dalam liga terus dapat call-up. Pantang nampak muka hensem kulit putih terus call-up walaupun dia baru main 1 perlawanan dan belum sesuaikan diri lagi dengan corak permainan tempatan.

3) Safee Sali, Fadhli Shas dan Fakri Saarani kerap memanaskan bangku simpanan dan jarang beraksi dalam kesebelasan utama liga super pun dapat call-up. Dia pilih pemain ikut konsep “saya kenal pemain saya” dan bukannya dinilaikan berdasarkan prestasi semasa dalam liga.

4) Pemain yang on form seperti Gopinathan muncul antara penjaring terbanyak Liga super dan Piala Malaysia tidak dipanggil sedangkan kita memerlukan pemain yang ada pace tinggi di posisi winger. Banyak lagi pemain tempatan yang tengah on form tetapi tak dapat panggilan atas alasan “tiada pengalaman antarabangsa”.

5) Rubbish tactical. Pemain main agak santai dan main macam tak nak menang. Badrol Bakhtiar ni mesti tak faham atau buat buat tak faham tentang taktikal yang dimahukan oleh OKS. Dapat bola, long ball tak tentu arah.. Tiada vision. Sudahnya striker mati kutu tak dapat bola. Kita juga tiada natural leftback. Kita bocor di sebelah kiri dalam 3 perlawanan AFF Cup dan perlawanan menentang Papua. Semuanya di sebelah kiri.

So amacam korang??? agak setuju tak dengan pendapat daripada Harimau Malaya nie??? kalau korang rasa nak tambah pape lagi, tambahlah di ruangan komen di bawah ye..hehehe

948 total views, 6 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “5 Sebab Kegagalan Kim Swee Di Piala AFF Suzuki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.