SLOT AUTOMATIK AFC CHAMPIONSHIP LEAGUE AKAN JADI KENYATAAN JIKA INI BERLAKU

afc championship league

Kelab-kelab daripada Malaysia sudah pastinya mengimpikan untuk beraksi di AFC Championship League dengan tiket automatik selepas menjuarai Liga Super. Jika sekarang misalnya, Johor Darul Takzim yang menjuarai Piala AFC dan Liga Super Malaysia terpaksa beraksi perlawanan Playoff terlebih dahulu sebelum ke kejohanan tertinggi Asia itu.

Namun segala-galanya bakal menjadi kenyataan sekiranya Malaysia dapat melakukan sesuatu iaitu ranking skuad kebangsaan yang akan digabungkan dengan ranking kelab..

Berikut merupakan cara pengiraan yang dijalankan oleh AFC bagi melayakkan kelab sesebuah negara mendapat tiket automatik di kejohanan AFC Championship League.

1. AFC MA RANKING: RANKING KE-6 & SLOT PERINGKAT KUMPULAN ACL 2017

AFC MA Ranking ialah ranking yang digunakan oleh AFC (bukan FIFA) untuk ahli-ahlinya (member associations – MA). Sekarang ini, Malaysia berada pada ranking ke-8 untuk rantau Asia Timur:

ASIA TIMUR (ranking terakhir pada 23 September 2016)

(Ranking – Negara – Jumlah Mata – Mata Pasukan Kebangsaan 30% – Mata Pasukan Kelab 70%)

1 KOREA SELATAN 96.713 – 26.713 – 70.000
2 CHINA                   78.302 – 18.750 – 59.552
3 JEPUN                   78.252 – 24.185 – 54.067
4 AUSTRALIA           78.113 – 27.093 – 51.020
5 THAILAND             37.529 – 10.365 – 27.164
6 HONG KONG         34.561 – 9.312 – 25.249
7 VIETNAM               30.898 – 9.480 – 21.418
8 MALAYSIA             30.512 – 6.657 – 23.855
9 INDIA                      28.141 – 8.638 – 19.503

Untuk mendapat 1 slot automatik ke peringkat kumpulan ACL – AFC Champions League (tanpa melalui peringkat play-off dan preliminary), Malaysia perlu berada di ranking ke-6 Asia Timur PADA 30 NOVEMBER 2016. Sila tumpukan perhatian kepada tarikh ini.

Ini bermakna Malaysia perlu berentap dengan Hong Kong, Vietnam dan India untuk merebut tempat ke-6, sekaligus menghadiahkan slot kepada JDT sebagai johan Liga Super untuk ke peringkat kumpulan ACL.

2. 70% MATA PASUKAN KELAB

MA Ranking dikira berdasarkan formula berikut:

AFC MA Ranking = 30% (pasukan kebangsaan) + 70% (pasukan kelab)

30% (pasukan kebangsaan): berdasarkan mata FIFA Ranking
70% (pasukan kelab): berdasarkan prestasi pasukan kelab di ACL & Piala AFC untuk 4 tahun terakhir.

Kita fokus kepada pasukan kelab dahulu. Sekarang ini, tiada sebarang pasukan kelab dari Hong Kong dan Vietnam yang masih berada dalam pertandingan ACL mahupun Piala AFC: semuanya sudah tersingkir. Ini bermakna, Hong Kong dan Vietnam sudah tidak boleh memperolehi mata tambahan melalui pasukan-pasukan kelabnya.

Manakala pasukan kelab dari Malaysia dan India, iaitu JDT dan Bengaluru FC, masih berentap di separuh akhir Piala AFC. Berikut ialah mata yang boleh diperolehi dalam 4 senario berbeza:

JDT Menang + Layak ke Final: 30.124
JDT Seri + Layak ke Final: 28.034*
JDT Seri + Tidak Layak ke Final: 24.900
JDT Kalah + Tidak Layak ke Final: 23.855

KESIMPULAN:
Jika mata pasukan kebangsaan Hong Kong & Malaysia kekal sehingga 30 November 2016, JDT perlu sekurang-kurangnya layak ke final Piala AFC untuk mendapatkan slot peringkat kumpulan ACL: 6.657 + 28.034* = 34.691, melebihi mata Hong Kong iaitu 34.561.

3. 30% MATA PASUKAN KEBANGSAAN

Sekarang kita beralih kepada pasukan kebangsaan. Masih ingatkah lagi kepada tarikh 30 November 2016 yang disebut di atas?

Sila ambil maklum bahawa FIFA akan mengeluarkan ranking pada Khamis, 24 November 2016. Kebiasaannya, perlawanan yang akan dikira bagi ranking tersebut hanyalah perlawanan yang diadakan sehingga hari Khamis minggu sebelum ranking dikeluarkan. Hari Khamis minggu sebelum ranking dikeluarkan bertarikh 17 November 2016.

Sumber : Rimau XI

986 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.