Kenapa Nak Mengeluh

Bila berbicara mengenai mengeluh nie pasti ramai yang secara tak sedar penuh mengeluh walaupun kepada perkara yang terlalu kecil untuk dikeluhkan.

mengeluh

Selalunya yang paling banyak dikeluhkan adalah mengenai rezeki. Kenapa gaji aku kecil? Kenapa gaji aku tak cukup? Kenapa dia yang baru masuk kerja gaji lagi banyak dari aku? Betul tak nie antara yang paling banyak buat orang mengeluh?

Tapi satu persoalan kenapa nak mengeluh?

Nie pun just peringatan untuk ana juga, memang banyak yang kita mengeluh apabila kita nak tu tak dapat, kadang-kadang tu kita pelik kenapa bisnes hari nie sikit, kenapa tak ramai orang beli barang jualan aku.

Tapi sebenarnya apa yang kita keluhkan itu Allah dah bagi sesuatu apa yang kita sebenarnya tak nampak. Memang gaji sikit, tapi kadang-kadang tu cukup je sampai nak tunggu gaji yang seterusnya.. betul tak?

Kalau berbisnes pula, memanglah hari nie jualan kurang tapi sekurang-kurangnya dah balik modal dan ada untung walaupun kecil tapi janji ada untung… betul tak?

Tapi kenapa masih ingin mengeluh?

Firman Allah mengenai mengeluh nie

Dalam surah An-nahl ayat 18 yang mana ertinya : “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Semoga lepas nie apa jua rezeki yang kita perolehi sedikit atau banyak ucaplah Alhamdulillah…bukankah itu yang lebih baik? Jangan mengeluh lagi…

1,079 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Kenapa Nak Mengeluh

  • 13/10/2016 at 11:26 AM
    Permalink

    Alhamdulilah terus ucap syukur alhamdulilah bila baca entry anazarin ni…betul akak pun tak lari dari keluhan di hati kecil…terlalu byk buat perbandingan…hati besar selalu ckp syukur tp nak rawat hati kecil ni jujur berkata kena byk sabar…moga kita selalu bersyukur

    Reply
    • 13/10/2016 at 1:28 PM
      Permalink

      Tulah kak, saya pun selalu tak lari daripada mengeluh…semoga kita antara insan yang sentiasa bersyukur

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.