India Leburkan Rekod Tanpa Kalah Malaysia

india vs Malaysia

Rekod tanpa kalah Malaysia akhirnya lebur di Liga Juara-Juara Asia apabila tumpas kepada pasukan gergasi Asia India 2 berbalas 1 malam tadi.

Keputusan Penuh India VS Malaysia

Pasukan India berjaya berada di hadapan menerusi pakar sudut penalti mereka Rupinder Singh yang berjaya menyempurnakan penalti corner pada minit ke 12..

Namun begitu Malaysia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi pakar pukulan penalti corner Malaysia Razie Ismail yang mana kesudahan pada separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 1-1.

Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, Pasukan yang berada di Ranking keenam dunia itu berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi Rupinder Singh sekali lagi yang berpunca daripada sudut pukulan penalti..

Untuk rekod, The speedy Tigers pernah tumpas di Piala Sultan Azlan Shah pada April lalu ke tangan India 6-1. Ramai antara penyokong kedua-dua pasukan memuji aksi yang ditunjukkan oleh skuad Malaysia..

Malaysia seterusnya akan bertemu pasukan Korea Selantan yang berada di ranking ke 11 dunia.. Malaysia perlu menang untuk memastikan lawan yang baik di Separuh Akhir nanti bagi melayakkan diri ke Final dan menjuarai Kejohanan ini..

Pandangan admin : Nampak peningkatan dalam skuad hoki kebangsaan kali ini…

937 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “India Leburkan Rekod Tanpa Kalah Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.