Resepi Cream Puff Enak

Rasanya agak lama ana tak share resepi dekat dalam blog nie… selalunya yang ana update pasti sukan, kalau tak sukan pasti bersarang jela blog anazarin nie..hehehe..

Disebabkan ana bercuti hari nie ana nak share resepi cream puff enak.. nampak senang nak buat tapi rupanya lagi senang makan daripada menyediakanya..hahahaha

Oklah, jom ana tunjukkan apa bahan-bahan dan cara penyediaanya…

cream puff

Bahan-bahan puff
( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Bahan-bahan untuk filling Kastard
(dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)

2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

Cara-cara utk filling

1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk… masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus…masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau

4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..

Cara-cara untuk buat puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.

5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek…

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling

Oklah, dah siap apa lagi ngap jela sehingga licin..hihihi

Selamat mencuba…

2,526 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Resepi Cream Puff Enak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.