Paroi Menjadi Saksi Pertemuan Antara Korea Selatan dan Syria

stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara pasukan Korea Selatan dan Syria pada 6 September ini bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di Seremban selepas diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), hari ini.

Perlawanan Kumpulan A  pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia  Russia 2018 itu pada asalnya dijadual berlangsung di Stadium Olimpik Macau namun venue perlawanan berkenaan terpaksa ditukar selelas FA Syria gagal mencapai kata persetujuan dengan rakan sejawat dari Macau.

Untuk kejohanan ini, Syria perlu bermain perlawanan ‘halaman sendiri’ di gelanggang berkecuali susulan timbul kebimbangan keselamatan angkara perang saudara yang kian meruncing di negara itu.

Syria juga sebelum ini pernah memilih Jordan sebagai venue perlawanan ketika beraksi di dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia dan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia sebelum ini.

Apa kata Jang, bangga tak stadium kesayangan korang nie dipilih sebagai gelanggang pertemuan pasukan Gergasi Asia, Korea Selatan.

1,018 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.