Logo Baharu Harimau Malaysia Akhirnya Terjawab

logo baharu Harimau Malysia dipersembahkan di Paroi

Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menjadi saksi apabila logo Harimau Malaysia yang baharu telah ditunjukan sebelum berlangsungnya perlawanan amal antara Dugong All Star bertemu dengan Pilihan Harimau Malaysia.

logo baharu harimau malaysia

Logo Harimau Malaysia ini telah diilhamkan oleh saudara Amzar Mohamed yang diangkat sebagai logo rasmi skuad kebangsaan.

Serentak dengan itu, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul “Launglah” turut diperdengarkan secara rasmi kepada umum. Lagu berkenaan akan dimainkan secara eksklusif di ERA fm selama tempoh sebulan pertama ini dan akan dijadikan lagu pemangkin semangat setiap kali pasukan Harimau Malaysia turun beraksi.

Logo rekaan Amzar tersebut telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat secara online selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April 2016 di kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac 2016 daripada 2,000 penyertaan diterima sepanjang peraduan mencipta logo Harimau Malaysia itu berlangsung dari 3 hingga 29 Februari 2016.

Amzar yang berasal dari Subang Jaya, Selangor merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di UiTM Puncak Alam. Tahniah diucapkan kepada pencipta logo ini atas kejayaan beliau.

Apa pandangan korang semua mengenai logo baharu Harimau Malaysia ini?

1,119 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Logo Baharu Harimau Malaysia Akhirnya Terjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.