Pokemon Go Serang Kopi Lambak

pokemon go

Semasa Pokemon Go diperkenalkan di Malaysia, ana antara yang menginstall aplikasi permainan ini di google play.. tapi selepas berjaya menangkap 20 ekor pokemon, ana rasa seolah-olah bosan untuk bermain permainan ini… ini bukanlah permainan pertama yang ana cepat bosan tapi sebenarnya ana memang cepat bosan bermain games..

Tapi apabila berbicara mengenai Pokemon Go ini, ada sesuatu yang agak menarik berlaku di stall kopi lambak kitaorang malam tadi… mana tidaknya ada dekat 3 orang nie yang khusyuk menangkap Pokemon nie di hadapan stall kitaorang.. sampai berulang kali jugalah dieorang cakap kat sini banyak pokemon….

IMG-20160327-WA0003

Tapi yang tak berkenan dek mata ana, dieorang nie seolah-olah fokus 100% kepada permainan ini dengan mata lebih tertumpu di skrin smartphone masing-masing… kadang-kadang tu berjalan, kadang-kadang tu berlari, dah nampak macam tak betul pun ada jugalah…

Terfikir jugalah ini rupanya sebab utama pokemon go tidak digalakkan dimainkan oleh kita..kerana dah sah-sah lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan… ada seorang pelanggan kopi lambak siap cakap lagi… dalam kelas tuisyen tadi lagi banyak pokemon… semua kawan-kawan main pokemon tadi dalam kelas…. Jadi nampak tak yang diaorang tak berapa fokus pada belajar terus fokus pada yang lain…

Jadi disebabkan tu ana terus “uninstall” Pokemon Go di smartphone ana nie… so korang yang masih main Pokemon Go tu bolehlah singgah stall kopi lambak kitaorang kat Plaza NZX Ara Damansara nie… sambil korang tangkap pokemon korang leh lah layan Kopi lambak terbaik di Ara Damansara….

IMG-20160326-WA0005-01

 

1,423 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “Pokemon Go Serang Kopi Lambak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.