Pemain Muda Negeri Sembilan Buktikan Kemampuan

barisan Pemain Negeri Sembilan menentang kedah

Negeri Sembilan yang pada mulanya nampak turun agak tempang menentang Kedah malam tadi apabila hanya mampu menurunkan seorang pemain import dan sebilangan besar pemain muda bagi saingan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia malam tadi.

Selepas Henrique meninggalkan skuad Hobin Jang Hobin itu untuk menyertai Adelaide United. Negeri Sembilan kehilangan Alex Smith yang mengalami kecederaan selain Jarko Jerkovic yang terpaksa pulang ke Perancis kerana ada urusan yang perlu diselesaikan membuatkan ramai merasakan pasukan Kedah bakal diberikan laluan mudah.

Namun segalanya tidak menjadi buat Kedah apabila pemain muda yang diberikan peluang oleh Gary Phillip tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila beraksi dengan baik pada malam tadi walaupun jentera serangan boleh dikatakan gagal mencetakkan gol.

Mohd Kaharudin Penjaga gol Negeri sembilan dinobatkan pemain terbaik kejohanan

Yang paling harus diberikan pujian sudah semestinya penjaga gawang muda yang mengantikan tempat Syed Adney Syed Hussin iaitu Mohd Kaharudin Abdullah yang berjaya menyelamatkan gawang Negeri daripada dibolosi oleh pemain pasukan lawan yang sekaligus diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Negeri Sembilan dan Kedah bakal bertemu kembali pada 17 September di Stadium Darul Aman, Kedah.

1,042 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.