Kenapa Penyokong Negeri Sembilan Tak Puas Hati Dengan Rejim PBNS

Selepas banner #RombakPBNS dinaikkan di sekitar Negeri Sembilan dan mula viral di media sosial serta gerakan geng baju merah di Stadium Paroi di dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Felda United tempoh hari,

Rombak PBNS

Ada beberapa sahabat ana yang meminati sukan bola sepak nie bertanya kepada ana, kenapa korang benci sangat dengan PBNS iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan?

Ada tu siap cakap lagi kat ana, bukan Negeri Sembilan dah naik ke sekarang nie? Siap layak lagi ke saingan suku akhir Piala Malaysia..

Sebelum ana cerita lebih lanjut, korang tentu pernah lihat NS nie masa pusingan pertama Liga Premier bukan main bagus main, tapi bila masuk pusingan kedua, bingai tu mula muncul sikit-sikit…sebab apa jadi macam nie? Semuanya tu Pengurusan PBNS sendiri ada jawapannya…

rombak pbns

Pemain import terbaik yang Negeri Sembilan ada pada musim ini Joel Chiannese dan Andrew Nabbout yang beraksi dengan cemerlang pada pusingan pertama Liga, akhirnya di buang daripada pasukan Negeri… sebab apa mereka digugurkan? Sedangkan mereka antara pemain yang mampu menyumbangkan banyak gol buat Pasukan Negeri Sembilan.

Dan yang paling bestnya, pemain import yang mengantikan dua orang pemain ini adalah Henrique dan Goran Jerkovic… mungkin korang yang menonton perlawanan siaran langsung tempoh hari rasakan pemain ini bagus tapi hakikatnya di dalam beberapa perlawanan lain, rasanya pemain tempatan lebih baik berbanding dua import ini…

Kini, peluang Negeri Sembilan bolehlah dikatakan sudah tertutup buat kali ketiga berturut-turut untuk berada di Liga Premier dan masih gagal melayakkan diri ke Liga Super Malaysia…

1,080 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Kenapa Penyokong Negeri Sembilan Tak Puas Hati Dengan Rejim PBNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.