Import Baharu Negeri Sembilan Henrique Sertai Adelaide United

Andelaide United Tandatangani pemain import baharu Negeri Sembilan

Import Baharu yang ditandatangani oleh pasukan Negeri Sembilan bagi menghabis baki perlawanan Liga Premier dalam saingan Pusingan Kedua, Henrique telah kembali ke Australia dan telah menandatangani perjanjian bersama pasukan Adelaide United di Liga A Australia.

Dengan spekulasi yang telah dinyatakan sendiri di website utama Adelaide United yang menyatakan mereka telah mengikat pemain import kelahiran Brazil itu membuatkan rata-rata penyokong semakin bengang dengan tindak tanduk yang dilakukan oleh PBNS ataupun Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

Ini kerana sebelum ini, PBNS memaklumkan bahawa pemain ini terpaksa kembali ke kampung halamanya kerana ada kematian ahli keluarga Henrique..

Untuk rekod, Henrique hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 11 perlawanan yang beliau beraksi bersama pasukan yang popular dengan jolokan rusa itu. Andelaide United juga memaklumkam yang pemain ini akan beraksi bersama mereka dalam perlawanan jelajah di Malaysia nanti..

Sumber : Andelaide United

 

 

957 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.