Delong Coffee And Such Shah Alam

Semalam, ana bersama-sama sahabat blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan mencuba makanan di Delong Coffee and Such yang terletak di No 8, Jalan AU2/A, Seksyen U2 TTDI, Shah Alam.

Kitaorang telah dibenarkan untuk mencuba sendiri 2 jenis hidangan utama cafe ini yang dijangka bakal menjadi tarikan utama cafe ini.

Chalong

 Chalong delong coffee and such shah alam

Kalau nak tahu inilah kali pertama ana mencuba chalong… Chalong nie merupakan makanan tradisi orang Terengganu… yang menariknya Chalong nie adalah fishball yang dibuat sendiri oleh Delong… jadi rasanya memang lain dari yang lain lah…

Nasi Carrot

nasi carrot

Inilah nasi carrot yang disediakan bersama-sama dengan ayam masak merah. Kalau korang ada anak-anak yang tak makan sayur bolehlah bawa ke sini untuk cuba sendiri nasi carrot nie. Sebab menurut owner sendiri, resipi ini tercetus kerana anak beliau tidak suka makan sayur… apabila beliau sediakan nasi ini, anaknya suka dan boleh menerima nasi ini.

Soda Bukit Besi

soda bukit besi

Inilah antara minuman utama yang terdapat di Delong Coffee and Such nie… Soda Bukit Besi.. namanya sempena apa pun ana tak tahulah sebab apa tapi korang jangan takut untuk cuba air nie sebab tak ada pun besi dalamnya…hihihi… minuman ini kalau korang order dengan nasi carrot cuma dalam RM9.90 je… Berbaloi kan???

Selepas makan tentulah kita akan cari pencuci mulut kan? Korang boleh cuba sendiri Lala Choco Drink nie….

lala choco drink

Memang marvelous lah rasanya… kena dengan selera dan citarasa ana nie..

Selain menu-menu ini, di sini juga terdapat masakan western… jadi korang mempunyai banyak pilihan untuk makan apa di cafe Delong nie..

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah singgah ke Delong Coffee and Such ini di

Address : No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 0139583797 / 0122808996

Ataupun boleh rujuk di

Instagram : @delongcoffeeandsuch

1,510 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “Delong Coffee And Such Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.