Beregu Campuran Kempunan Emas Olimpik

Beregu Campuran Kempunan Emas Olimpik

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya layak ke perlawanan akhir Sukan Olimpik di Rio pada edisi kali ini.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying

Sudah semestinya rata-rata rakyat Malaysia menantikan penuh debaran aksi beregu campuran ini yang mana pastinya rakyat Malaysia mengharapkan ada satu pingat emas pertama negara akan dijelmakan.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasangan negara itu apabila tumpas di aksi final kepada pasangan beregu daripada Indonesia Liliyana Natsir dan Ahmad Tontowi dengan mata 14-21, 12-21.

Biarpun pasangan ini kalah, tapi rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pasangan ini yang menewaskan pemain daripada China sebelum melayakkan diri ke Final. Diharapkan beregu lelaki dan perseorangan lelaki negara mampu menghadirkan emas selepas ini… Syabas Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying…

1,336 total views, 2 views today

2 Replies to “Beregu Campuran Kempunan Emas Olimpik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This