Apo Kono Eh Jang!!!!

Apa kono dengan Jang malam tadi??? Dengar cerita seri lagi malam tadi… itulah yang boleh diceritakan apabila pasukan Negeri Sembilan seolah-olah menolak tuah apabila hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tercorot liga Premier 2016, Sime Darby…

keputusan Negeri Sembilan vs Sime Darby

Negeri Sembilan yang beraksi seolah-olah mengikut rentak permainan Sime Darby itu dikejutkan apabila pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pembukaan oleh Faizal pada minit ke 5 perlawanan.

Negeri Sembilan selepas itu mengasak dengan lebih banyak namun banyak percubaan yang berjaya dipatahkan oleh penjaga gawang Sime Darby yang beraksi dengan cemerlang malam ini..

Namun begitu, akhirnya Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 80 hasil jaringan Afiq Azmi.

Nampak gayanya, macam semusim lagi je kita akan duduk di Liga Premier. Episod yang sama berulang kembali… Ini semuanya sudah semestinya salah PBNS ( Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan) yang mana dengan sesuka hatinya menukar pemain import yang beraksi dengan baik dengan pemain import sampah….

Nampak gayanya harapan dan harapan penyokong hanya tinggal kenangan… selamat tinggal Liga Super 2017…

974 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.