Menang Sorak, Kalah Maki

Menang Sorak, Kalah Maki

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Menang sorak, kalah maki nie dah sememangnya sinonim dikalangan para penyokong pasukan bola sepak di negara kita yakni Malaysia tercinta ini, tak kiralah ultras ke, hooligan ke, mahupun fan kuaci.
Namun adakah mereka mempunyai sebab tersendiri untuk melakukan demikian? Adakah untuk menjatuhkan ataupun menaikkan semangat moral para pemain untuk beraksi dengan lebih baik?

Tapi ada satu ketika tu, adalah beberapa orang nie yang mengelarkan diri mereka sebagai ultras yang mana selepas pasukan kesayangan mereka tewas 2 perlawanan katanya nak buat party lah masa di dalam stadium. Tapi tak sangka pula bila pasukan menang semua tu seakan-akan dilupakan. Semangat menentang pengurusan pun hilang.

Bukanlah nak sokong atau tidak tindakan mereka tu, tapi nampak di situ yang mereka nie bila menang bersorak bagai nak rak tapi bila kalah maki tak sudah2 mereka lakukan. Sampai ada ketika tu pemain dibaling objek di tengah padang.

Jangan macam tu brada, kesian pemain tu, memanglah mereka dibayar gaji untuk bermain tapi mereka manusia yang ada perasaan juga. Kita bagi sokongan moral buat mereka. Kalau pengurusan teruk kita hambat je pengurusan dan bukannya pemain. Menang kalah adat permainan.Jangan hanya menang je bersorak bila kalah maki je tau

1,169 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This