Cuti Dah Habis

cuti cuti

Cuti dah habis, jadi jomlah kita pergi berkerja. Itulah yang boleh digambarkan di dalam hati para pekerja nie, tentu ada rasa malas je untuk pergi kerja. Mana tidaknya cuti pun dah lama kan?

Malas, tak ada mood nak buat kerja? Itu normal lah dan ana pun ada juga rasa macam tu. Ana mula kembali menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja adalah semalam. Nak bangun tuk bersiap pun memang tak ada lah.. rasa tak puas lak cuti nie padahal cuti dah dekat 6 hari.

Tapi sampai ke hari ini, jalan di Kuala Lumpur boleh lagi diibaratkan lengang, adakah sebab ramai lagi yang bercuti ataupun masih ramai yang terkandas? Al maklumlah dah banyak makan rendang dan ketupat katakan? Hehehehe

Oklah, pape pun jom azam kerja, jangan malas-malas tau sebab kita berkerja pun sebab nak cari rezeki yang halal buat keluarga kita kan? Untuk beri anak bini kita makan. Selamat kembali berkerja buat diriku dan semua readers.

1,280 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Cuti Dah Habis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.