Cinta 3 Hari

Cinta 3 Hari

Aku bukanlah seorang penulis yang baik sehingga mampu menerbitkan sebuah cerita bagi sebuah buku, maka aku mula coretkan kisahku di helaian blogku ini.

Cinta 3 hari, cinta yang mana rasanya dihambarkan oleh setiap pasangan suami isteri di muka bumi ini. Cinta yang mana dikongsi antara 2 kekasih yang paling mencintai kerana Allah.

Cinta ini hadir selepas 10 bulan kami mendirikan rumah tangga. Oh ye, tapi perlu ingat ya, ini bukanlah kisah cinta kami berdua tau… hadirnya memang sudah dinanti-nanti bukan sahaja oleh kami tetapi oleh semua kenalan kami, ibu bapa kami dan saudara mara kami.

Terasa indah apabila ianya muncul, oh begini rasanya apabila si dia nak hadir kedunia. Hari demi hari berjalan dengan pantasnya. Kehadirannya semakin tak sabar dinantikan tiba. Tapi pelik? Kenapa¬† tak ada apa pun kami sediakan bagi menerima kehadirannya di muka bumi ini? Setiap kali nak beli keperluannya, pasti akan ada halangannya… Apakah semua ini?

9 bulan kini telah berlalu, sayang tak lama lagi anak kita akan lahir? Tutur kataku kepada isteriku… setiap kali menunggang di atas motorsikal hijauku, hatiku melayang-layang terbayang akan wajah dirimu yang akan lahir tak lama lagi.. kiranya boleh dibilang sahaja dengam jari jemari halusku ini…

Tanggal 13 Julai, masa tu isteriku kena check up di Klinik Kesihatan buat kali terakhir sebelum kelahirannya. Bila check tu doktor cakap tak ada gerakan daripadanya. Aku apalagi, apabila mendapat panggilan daripada isteriku, tanganku malahan diriku terasa lemah.. aku cuba berfikiran positif mungkin tiada apa-apa ini…

Sesampainya di Hospital, Alhamdulillah sidia mula memberi tindak balas dan gerakan seperti biasa. Hanya sujud dan ucapan Alhamdulillah mampu ku ungkapkan kepadaNya…

15 haribulan Julai 2015, tibalah saatnya dia akan dilahirkan, pada jam 6.30 petang, aku telah dipanggil ke bilik bersalin untuk menantikan kehadirannya. Nampak kepenatan di muka si isteri. Aku hanya mampu memberikan semangat sambil berselawat kepadanya.

Disebabkan isteriku semakin hilang tenaga, maka doktor mengambil keputusan untuk vacum keluar sidia. Aku telah dipaksa keluar daripada bilik bersalin… Alhamdulillah dia telah lahir pada jam 7 malam. Waktu tu aku tak tahu lagi sebabnya doktor mungkin mahu aku berbuka puasa dahulu baru bagitahu akan kelahiran anakku itu. Aku hilang selera makan masa tu.. hanya doa mampu ku hantarkan buatnya sebagai semangat buat isteriku.

Jam sudah menandakan pukul 8 malam. Aku semakin berdebar-debar kenapa doktor tak panggil lagi aku… apabila aku tanyakan dekat nurse tu barulah di bagitahu yang isteriku telah selamat melahirkan anak kami… aku pun apalagi terus masuk ke bilik bersalin untuk mengazankan dia… seronok tambah takut pun ada, almaklumlah aku bukan berani pun nak pegang baby…

Keesokkan harinya doktor telah membenarkan isteri dan anakku pulang ke rumah.. kiranya hari tu dah mantai dan esoknya dah nak raya.. Ramai yang datang ke rumah melihat anak kami nie.. ada yang cium dia, ada nak dukung dia.. seronok melihat dia, macam mimpi pun ada rasa juga.

Petang raya pertama, aku telah membawa pula g isteriku ke kampung bagi mengurut dia yang masih lemah dan dalam berpantang itu… Hampir semua saudara belah keluarga aku datang melihat sidia… dan ramai yang bertanya kepadaku macam mana perasaan menjadi seorang bapa? Aku hanya tersenyum…

Hari ini hari ketiga sidia dilahirkan.. dari pagi sampai tengahari asyik tidur je dia… tapi kadang kala tu isteri kejutkan lah untuk dia menyusu badan. Jam pada masa ini menunjukkan pukul 1 tengahari… aku nampak badan sidia mula kuning-kuning… apalagi bergegaslah bawa kereta pergi ke Hospital Port Dickson masa tu…

Masa menunggu giliran dekat setengah jam, nurse pun panggil untuk masuk kebilik.. tapi tak ku sangka sekali ketika itu anakku dah collapse… aku terkejut begitu juga isteriku…sedangkan tadi elok je dia menyusu ketika sampai di hospital.. dia telah dihantar ke Unit kecemasan… selepas setengah jam doktor berusaha menyelamatkan anakku kini dia telah kembali kepada pencipta…

Sekali lagi aku terasa seolah-olah sedang bermimpi..apakah semua ini? Ianya berlaku dalam sekelip mata…. cinta 3 hari kami telah pergi buat selamanya…

Dalam kenangan : Allahyarham Muhammad Zavier Huzaifah bin Muhammad Zarin (15 julai 2015 – 18 Julai 2015)

Al Fatihah….

1,517 total views, 3 views today

2 Replies to “Cinta 3 Hari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This