Wales Menang Ke?

Wales Menang Ke?

Wales menang ke? Itulah yang boleh dikatakan oleh para peminat Wales apabila mencatatkan kemenangan mengatasi pasukan Northern Ireland 1-0 awal pagi tadi.

Itupun Wales terpaksa berhempas pulas pada perlawanan ini sebelum berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke 75 yang dijaringkan oleh McAuley.

Jika melihat kepada rekod dan prestasi, Wales sememangnya merupakan pasukan yang lebih baik berbanding Northern Ireland yang boleh diangkat sebagai pasukan underdog di dalam Euro kali ini.

Wales bakal berdepan pasukan lebih baik di peringkat suku akhir apabila akan bertemu pasukan Poland yang mencatatkan keputusan kemenangan terlebih dahulu apabila berjaya mengatasi pasukan Switzerland di peringkat 16 pasukan.

Untuk Euro kali ini rasanya banyak kejutan yang bakal menjelma kerana keputusan kebanyakan perlawanan berada di luar jangkaan para peminat. Boleh dikatakan pasukan Wales hanyalah menang nasib kerana setakat ini kebanyakan perlawanan mereka bertemu pasukan yang bukanlah antara yang terbaik.

Mampukah Wales melangkah ke perlawanan seterusnya selepas ini? Sudah pastinya seronok untuk disaksikan? Mampukah Bale membawa Wales mara ke Final dan menjuarai Euro. Sudah semestinya ramai yang akan menantikannya.

1,045 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This