Senang Bangun Sahur Bila Euro Bermula

Euro 2016

Pastinya setiap isteri akan berasa lega apabila perlawanan Euro bermula terutamanya ketika bulan Ramadan.

Kerana pada masa inilah kebanyakan para suami dikatakan seolah-olah mudah untuk bangun di malam hari yang kalau sebelum-belum nie rasanya agak susah juga untuk bangun tidur.

Kalau sebelum nie, mungkin ada yang banyak kali memikirkan cara pelbagai agar suami bangun sahur, tetapi pastinya berlainan apabila Euro membuka tirainya.

Kerana para suami pastinya senang bangun ataupun jangan terkejut jika mereka yang terlebih awal bangun daripada para isteri ini, bahkan mungkin dia pula yang kejut anda nanti.

Tapi apa salahnya jika kita sedang menonton Euro tu kita amik masa sejenak untuk berqiamulail, terutama ketika berakhirnya separuh masa perlawanan. Kerana agak rugi jika mampu bangun ketika menonton Euro tapi tak mampu bangun kerana ingin beribadah kepadanya.

1,089 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.