Ramadan Dan Euro 2016

Ramadan kali ini kita bertemu kembali bersama dengan kejohanan besar bola sepak. Kalau sebelum ini kita pernah bertembung dengan Kejohanan Piala Dunia pada 2014 dengan Bulan Ramadan. Dan kali ini bulan Ramadan bertemu dengan Euro 2016 .

Ramadan dan euro

Dalam kerancakan Euro kali ini, adakah ibadah kita dalam Ramadan akan dilupakan? Adakah Euro akan menengelamkan Ramadan kita kali ini?

Antara yang paling impak kita nampak adalah perlawanan yang berlangsung pada jam 9 malam yang mana ketika itu adalah waktu kita umat Islam menunaikan solat Tarawikh. Pasti ada yang takkan melepaskan perlawanan bola sepak ini terutama apabila pasukan kesayangan mereka beraksi.

Tapi adakah dengan itu Tarawikh kita ditinggalkan? Semata-mata nak tengok bola? Takkan terus lupakan si kekasih yang kita cinta kerana bola? Takkan lah kan?

Dan yang paling sedih, ramai antara kita sanggup bangun tengah malam terutama pada jam 3 pagi semata-mata nak tengok Euro 2016 antara England dan Rusia misalnya. Tapi kenapa tak selitkan sekali dengan tahajud. Andai selalu kita susah nak bangun pagi, bila senang kenapa tak nak buat? Tak rasa rugi ke?

Dalam tak sedar, sedikit demi sedikit kita rugi di dalam Ramadan kita angkara Euro. Bukannya salah untuk layan bola 24 jam, tapi apabila ada masa 15 waktu rehat separuh masa alangkah indah jika kita dapat ambil masa itu untuk melakukan ibadah kepadanya.

Semoga Ramadan kita kali ini lebih baik kali ini. Mana tau pasukan kesayangan kita pasti menang di Euro 2016 dan kita menang di dalam medan Ramadan.

1,444 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Ramadan Dan Euro 2016

  • 16/06/2016 at 7:54 AM
    Permalink

    tak sempat nak tengok euro, sebab fikirkan kerja siang hari, jadi lepas tarawikh terus tidur, itupun anak anak marah sebab tak temakan diorang tengok tv, huhuhu

    Reply
  • 18/06/2016 at 5:24 AM
    Permalink

    Hahahaha..boleh pula dieorang marah.. tapi mmg rasa penat layan euro nie sebab bila masuk jerja rasa letih je
    anazarin recently posted…Ramadan Dan Euro 2016My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.