Kemenangan Yang Dinanti Oleh Aku

Euro 2016

Kemenangan ini yang dinanti bukan sahaja oleh aku tetapi oleh seluruh penyokong pasukan Jerman bagi kejohanan Euro 2016 kali ini. Kemenangan ini bermakna pasukan Jerman akan melayakkan diri ke perlawanan suku akhir.

Namun begitu, Jerman akan menghadapi saingan yang hebat kerana bakal bertemu samada pasukan Itali ataupun pasukan Sepanyol di suku akhir yang pastinya menjanjikan satu lagi perlawanan yang hebat buat kedua-dua pasukan ini.

Di dalam perlawanan ini, Jerman berjaya mengatasi pasukan Slovakia dengan jaringan 3-0 yang dijaringkan oleh Boateng pada minit ke 8 perlawanan. Selang beberapa minit selepas itu, Jerman gagal menyempurnakan sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Ozil.

Namun begitu Jerman terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai juara bertahan Piala Dunia 2014 apabila berjaya menambahkan 2 lagi jaringan gol menerusi Gomez dan juga Draxler.

keputusan perlawanan Euro Jeman Slovakia

Dengan kemenangan ini, sekaligus memperlihatkan kebangkitan permainan di kalangan pemain Jerman yang sebelum ini agak terhumbang-ambing dengan aksi di peringkat kumpulan sebelum ini.

Pasukan manakah yang akan ditentang oleh Jerman di perlawanan seterusnya? Adakah Itali ataupun Sepanyol? Segalanya pasti akan terjawab selepas perlawanan pusingan kedua awal pagi esok.

1,189 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Kemenangan Yang Dinanti Oleh Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.