England Diaibkan Negara Kecil Euro

England yang diramalkan akan mencatatkan kemenangan mudah pada malam ini akhirnya terkubur apabila diaibkan oleh negara kerdil yang juga merupakan negara terkecil di Euro Iceland dengan jaringan 2-1.

Iceland hampakan England

Namun begitu, England berjaya berada di hadapan selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Wayne Rooney. Selang 2 minit selepas itu Sigurdson berjaya menyamakan kedudukan.

Iceland yang beraksi dengan cemerlang berjaya mendahului pada minit ke 18 apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi jaringan Sigthorson.

Walaupun selepas itu menampakkan kebangkitan yang mula ditunjukkan England namun segalanya menjadi tidak menentu buat England sekaligus memberikan Iceland mencipta satu sejarah tersendiri di Euro 2016 apabila berjaya melangkah ke suku akhir dan bakal berdepan pasukan tuan rumah, Perancis.

Siapa sangka, negara terkecil Eropah ini mampu melangkah sejarah tersendiri kerana negara ini tidak mempunyai liga profesional mereka sendiri. Dan kebanyakan pemain profesional mereka beraksi di dalam Liga eropah yang lain.

Sepatutnya dengan kemenangan ini, FAM dan para pemain harimau Malaysia seharusnya malu kerana negara terkecil ini dengan kepadatan penduduk yang hanya ratusan ribu orang tu mampu melangkah sesuatu yang indah dalam bola sepak. Malaysia pula hanyalah angan-angan tahi ayam.

1,031 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.